semalam aku meraba,
kini aku mencari,
mari kita berjimba,
bercakap sambil menari.
semalam aku mendengar,
suara halus berkata-kata,
berambus kau dari mendengar,
aku dah penat dah nak mengata.
aku di sini mengabar berita,
berita baik aku ceritakan yang buruk aku simpan,
kalau kau rasa tak nak mendengar yang derita,
aku cadangkan kau tutup browser ni sebelum kau tertekan.
semalam i call u u tak answer,
aku bukan nak menyanyi lagu tu kat sini,
aku serius ni semalam aku call kau kenapa kau tak answer?,
kau nak bikin aku hangin ke apa ni ??
aku dah penat,
aku dah malas,
aku tak larat.
nak cakap kias-kias.
aku malas nak cakap panjang-panjang,
aku cakap kau tanak dengar,
okey ini keputusan aku tanpa berpikir panjang,
aku harap nama kau lepas ni aku dah tak nak dengar.
selamat tinggal sayangku.
ps: tak ada kena mengena pun dengan aku sebenarnya, saja try buat poem ala-ala orang broken hearted gituh mahahaha
March 18, 2013
March 17, 2013
BUTA
Berjalan aku berjalan. Berjalan aku penuh
tujuan. Dari kaki lima jalan yang kosong aku melewati ke kawasan yang penuh dengan
orang. Langkah ku bermula dengan bismillah. Satu tapak ke satu tapak. Tanganku
menghayun ke kiri kanan mencari haluan. Bunyi pantulan menjadi panduan.
Sampai aku di satu persimpangan. Aku
menghentikan langkah. Menekan lampu traffic ligt yang megah berdiri. Satu
persatu bunyi kenderaan melewat persimpangan. Bau wangian asap kenderaan
menusuk jauh ke dalam nostril hidung. Aku menekup hidung menunggu penuh
kesabaran. "Bip!!! Bip!!! Bip!!!" Tanda aku harus memulakan langkah
ke seberang.
Adat hidup di kota rimba, manusia hilang budi
pekerti, satu susuk tubuh melanggar sisi. Aku terjatuh ke tepi. Tongkat
kesayanganku terlepas dari genggaman. Terdengar suara dan wangian perfume
bermacam jenama melewati aku tanpa rasa mahu membantu. Aku terkial-kial
meraba-raba kaki jalan yang kasar kulitnya, yang berdebu kulitnya.
Dalam kegelapan aku terlihat cahaya, cahaya
yang aku tak pernah nampak lepas insiden yang menghitamkan aku 7 tahun lalu.
Aku jadi lupa cahaya itu. Cahaya yang datang dengan suara dan bauan yang aman.
Tanganku di pegang. Aku di tarik ke belakang. Di sandarkan aku ke kaki tiang
kukuh traffic ligh. Di kembalikan tongkat kesayanganku. Suara lunak
berkumandang memecah situasi kelam.
Bertanya dia adakah aku okey? Aku terdiam
terkesima mendengar suaranya yang sedap, baunya yang sangat harum. Sudah lama
aku tak dengar suara ini. Sudah lama agaknya aku pendamkan diri dari mendengar
suara ini bauan ini. Dia memegang tanganku erat, sudah lama aku rindukan
sentuhan ini. Memori kembali kepada insiden 7 tahun lepas.
Aku kehilangan orang yang aku sayang bersama
dengan anugerah tuhan 7 tahun lepas, tapi ianya seolah-olah hidup kembali hari
ini. Di hari yang sama aku kehilangan semuanya yang aku miliki. "Awak nak
pergi mana ??" Dia bersuara. Aku membalas "menziarah orang yang
tersayang di Block K". Dia tersentak kerana tahu Block K merujuk tanah
perkuburan di kawasan itu. Aku bangun lalu melangkah. Baunya hilang dari hidung
kemek ku.
Seminggu kemudian aku berjalan mencari angin
petang aku melewati kawasan taman berdeketan rumahku. Aku berjalan sehingga aku
terhidu bau yang sangat aku kenal. Bau yang aku ingat dari 7 tahun dulu, bukan
bau ni dari seminggu yang lalu. Semakin lama semakin dekat. Aku berdebar. Bau
itu sekelip mata hilang dari hidungku, aku berpusing mencari bau itu. Satu
sentuhan hinggap di tongkat kesayanganku. Aku kaget lalu suara yang merdu meleraikan
segalanya. "Mari saya temankan awak" suara itu merungkai segalanya.
Aku kembali bernyawa, aku kembali melihat semenjak hari itu.
February 7, 2013
Kasut Tak Berjenama
Aku
memegang kasut di satu kedai sukan berhampiran rumah aku. Aku
meneliti ciri-ciri pembuatannya yang bagi aku cukup sifat
pembuatannya. Struktur sifatnya yang tegap gagah cukup baik untuk
memberi keselesaan kepada aku. Warnanya yang berwarna-warni cukup
menarik perhatian seolah-olah seorang manusia yang mudah menarik
perhatian mata yang memandang.
Muncul
tanda tanya di benak minda adakah benar kasut ini sesuai untuk aku?
Selesakah aku memakainya. Lamakah dia bertahan dengan aku. Mampukah
dia berjalan jauh denganku? Adakah muat untuk orang lain memakainya.
Muncul beribu persoalan, beribu andaian, pelbagai hipotesis telah
dirangka.
Pemboleh
ubah dimalarkan adalah kasut itu dan pemboleh ubah di manipulasi
adalah hidup aku lalu kita akan nampak pemboleh ubah bertindak balas
terhadap dua pemboleh ubah sebelumnya akan kelihatan. Kita akan lihat
yang di akhir jalan tiada sesiapa akan muat untuk memakai kasut ini.
Seorang
putera mencari pemilik kasut yang dijumpanya entah di mana? Habis
satu negara di carinya untuk tahu siapakah pemiliknya. Akhirnya
seorang gadis kampung memilikinya. Kasut yang ku pegang ni memang tak
akan pernah sama dengan kisah putera dan gadis kampung itu.
Kasut
yang aku pegang mungkin tak akan pernah muat untuk orang itu malah
sesiapa pun. Kasut yang aku pegang tak akan menarik minat sesiapa
pun. Kasut yang aku pegang nampak lawa diluar tapi busuk di dalam.
Kasut yang aku pegang nampak sedap di pakai tapi berlubang di dalam.
Uzur rasanya.
Sedang
aku mengelamun ada suara menegur "encik boleh saya tengok kasut
yang encik pegang?" Aku memandang susuk wajah yang comel tak
jemu dipandang. Aku menghulur tanpa berpikir panjang. Dia memandang
senyumannya ahhh sukar di ungkap.
Tiba
tiba datang promoter kedai setelah di panggil oleh gadis tadi. "Kak
kasut tu tinggal satu je kak size7" kata promoter itu. Dia
memandang aku lalu tersenyum sambil memandang kaki aku. "Kaki
awak size 7 gak kan?" Dia berkata. Aku tercengang. "Saya
tak kisah kalau kita share kasut yang sama", aku tersenyum
simpul penuh makna sebelum mencuba kasut itu bersama dengannya.
ps: tak salah berkongsi masalah dengan orang lain, tak salah berkongsi barang kita dengan orang lain. jangan berduka, akan ada orang yang akan muat memakai kasut kita. keep the kasut keep the love.
January 24, 2013
SIAPA DALI
Selamat
datang semua ini aku Dali. Aku ni kalau nak di kelaskan hanyalah
nescafe regular yang di campur dengan air panas, kalau di udara aku
hanyalah ruangan kelas ekonomi di dalam penerbangan ke london yang
sesak dengan orang. Untuk mengetahui kisah hidup aku mari kita patah
ke belakang untuk sebentar untuk dapat general idea tentang diri ini.
Aku
di lahirkan di sebuah hospital ya macam orang lain tapi yang uniknya
aku aku di lahirkan di hospital gila yang penghuninya datang di
sebabkan putus cinta, tekanan keluarga, hilang orang tersayang, dan
bekerja di situ termasuklah keluarga aku.
Bersambung.....
January 23, 2013
WARNA
Selamat
datang ke dunia yang pernuh dengan warna warna yang bercorak
melintasi ruangan mata yang sepasang. Orang kata hidup kau tu
sebenarnya seputih kain putih, tapi bagi aku kewujudan kain putih
sebagai definasi suci kehidupan sudah tidak relevan. Sapa cakap yang
putih tu selamanya suci yang hitam itu selalunya keji.
Bagi
aku yang putih yang hitam tu hanyalah sebahagian pewarnaan hidup aku.
Aku lagi suka kaitkan hidup aku ni ibarat sebidang kain pelangi.
Penuh warna warni. Kau tak suka kau boleh pergi. Kau cakap aku tamak,
tak apa mari aku ajar kau menari. Menari di atas lantai kain pelangi.
Aku
dah penat nak biar orang mewarnai hidup aku ni. Aku dah penat
sebenarnya nak dengar mak aku membebel warna biru di report kad lagi
mulia dari warna merah. Aku dah penat tengok warna merah pangkah di
kertas jawapan yang aku buat. Dari zaman tadika sampailah universiti
aku tak dapat tengok kertas aku bersih tanpa salah.
Aku
tabur, aku baling aku sebarkan warna pelangi sampai comot masai aku
jadi. Aku bangga mewarna orang orang di sekeliling aku dengan warna
pelangi aku tu.
Dek
kerap mewarna aku di luar orang anggap aku ni sampah. Warnaku comot,
hubungan cintaku tak semerah bunga ros yang mekar, makna persahabatan
tak sehijau pokok di hutan. Tapi ada aku kesah? Tadi korang cakap aku
tamak sebab aku pilih pelangi. Ni aku nak bagitahu warna pelangi yang
aku miliki tadi aku berikan pada orang yang di sekelilingku.
Kalau
aku ni sesuci warna putih aku hanya mampu menerima tapi kalau aku ni
pelangi aku mampu memberi. Orang yang memberi lagi mulia dari yang
menerima. Aku tak kesah memberi asalkan ada yang sanggup menerima.
Sekarang kau dah paham kenapa aku ni bewarna pelangi?
Subscribe to:
Posts (Atom)
