March 18, 2013

PUTUS CINTA

semalam aku meraba,
kini aku mencari,
mari kita berjimba,
bercakap sambil menari.

semalam aku mendengar,
suara halus berkata-kata,
berambus kau dari mendengar,
aku dah penat dah nak mengata.

aku di sini mengabar berita,
berita baik aku ceritakan yang buruk aku simpan,
kalau kau rasa tak nak mendengar yang derita,
aku cadangkan kau tutup browser ni sebelum kau tertekan.

semalam i call u u tak answer,
aku bukan nak menyanyi lagu tu kat sini,
aku serius ni semalam aku call kau kenapa kau tak answer?,
kau nak bikin aku hangin ke apa ni ??

aku dah penat,
aku dah malas,
aku tak larat.
nak cakap kias-kias.

aku malas nak cakap panjang-panjang,
aku cakap kau tanak dengar,
okey ini keputusan aku tanpa berpikir panjang,
aku harap nama kau lepas ni aku dah tak nak dengar.

selamat tinggal sayangku.


ps: tak ada kena mengena pun dengan aku sebenarnya, saja try buat poem ala-ala orang broken hearted gituh mahahaha

March 17, 2013

BUTA




 Berjalan aku berjalan. Berjalan aku penuh tujuan. Dari kaki lima jalan yang kosong  aku melewati ke kawasan yang penuh dengan orang. Langkah ku bermula dengan bismillah. Satu tapak ke satu tapak. Tanganku menghayun ke kiri kanan mencari haluan. Bunyi pantulan menjadi panduan. 

 Sampai aku di satu persimpangan. Aku menghentikan langkah. Menekan lampu traffic ligt yang megah berdiri. Satu persatu bunyi kenderaan melewat persimpangan. Bau wangian asap kenderaan menusuk jauh ke dalam nostril hidung. Aku menekup hidung menunggu penuh kesabaran. "Bip!!! Bip!!! Bip!!!" Tanda aku harus memulakan langkah ke seberang.

 Adat hidup di kota rimba, manusia hilang budi pekerti, satu susuk tubuh melanggar sisi. Aku terjatuh ke tepi. Tongkat kesayanganku terlepas dari genggaman. Terdengar suara dan wangian perfume bermacam jenama melewati aku tanpa rasa mahu membantu. Aku terkial-kial meraba-raba kaki jalan yang kasar kulitnya, yang berdebu kulitnya.

 Dalam kegelapan aku terlihat cahaya, cahaya yang aku tak pernah nampak lepas insiden yang menghitamkan aku 7 tahun lalu. Aku jadi lupa cahaya itu. Cahaya yang datang dengan suara dan bauan yang aman. Tanganku di pegang. Aku di tarik ke belakang. Di sandarkan aku ke kaki tiang kukuh traffic ligh. Di kembalikan tongkat kesayanganku. Suara lunak berkumandang memecah situasi kelam.

 Bertanya dia adakah aku okey? Aku terdiam terkesima mendengar suaranya yang sedap, baunya yang sangat harum. Sudah lama aku tak dengar suara ini. Sudah lama agaknya aku pendamkan diri dari mendengar suara ini bauan ini. Dia memegang tanganku erat, sudah lama aku rindukan sentuhan ini. Memori kembali kepada insiden 7 tahun lepas.

 Aku kehilangan orang yang aku sayang bersama dengan anugerah tuhan 7 tahun lepas, tapi ianya seolah-olah hidup kembali hari ini. Di hari yang sama aku kehilangan semuanya yang aku miliki. "Awak nak pergi mana ??" Dia bersuara. Aku membalas "menziarah orang yang tersayang di Block K". Dia tersentak kerana tahu Block K merujuk tanah perkuburan di kawasan itu. Aku bangun lalu melangkah. Baunya hilang dari hidung kemek ku.

 Seminggu kemudian aku berjalan mencari angin petang aku melewati kawasan taman berdeketan rumahku. Aku berjalan sehingga aku terhidu bau yang sangat aku kenal. Bau yang aku ingat dari 7 tahun dulu, bukan bau ni dari seminggu yang lalu. Semakin lama semakin dekat. Aku berdebar. Bau itu sekelip mata hilang dari hidungku, aku berpusing mencari bau itu. Satu sentuhan hinggap di tongkat kesayanganku.  Aku kaget lalu suara yang merdu meleraikan segalanya. "Mari saya temankan awak" suara itu merungkai segalanya. Aku kembali bernyawa, aku kembali melihat semenjak hari itu.