February 7, 2013

Kasut Tak Berjenama


Aku memegang kasut di satu kedai sukan berhampiran rumah aku. Aku meneliti ciri-ciri pembuatannya yang bagi aku cukup sifat pembuatannya. Struktur sifatnya yang tegap gagah cukup baik untuk memberi keselesaan kepada aku. Warnanya yang berwarna-warni cukup menarik perhatian seolah-olah seorang manusia yang mudah menarik perhatian mata yang memandang.

Muncul tanda tanya di benak minda adakah benar kasut ini sesuai untuk aku? Selesakah aku memakainya. Lamakah dia bertahan dengan aku. Mampukah dia berjalan jauh denganku? Adakah muat untuk orang lain memakainya. Muncul beribu persoalan, beribu andaian, pelbagai hipotesis telah dirangka.

Pemboleh ubah dimalarkan adalah kasut itu dan pemboleh ubah di manipulasi adalah hidup aku lalu kita akan nampak pemboleh ubah bertindak balas terhadap dua pemboleh ubah sebelumnya akan kelihatan. Kita akan lihat yang di akhir jalan tiada sesiapa akan muat untuk memakai kasut ini.

Seorang putera mencari pemilik kasut yang dijumpanya entah di mana? Habis satu negara di carinya untuk tahu siapakah pemiliknya. Akhirnya seorang gadis kampung memilikinya. Kasut yang ku pegang ni memang tak akan pernah sama dengan kisah putera dan gadis kampung itu.

Kasut yang aku pegang mungkin tak akan pernah muat untuk orang itu malah sesiapa pun. Kasut yang aku pegang tak akan menarik minat sesiapa pun. Kasut yang aku pegang nampak lawa diluar tapi busuk di dalam. Kasut yang aku pegang nampak sedap di pakai tapi berlubang di dalam. Uzur rasanya.

Sedang aku mengelamun ada suara menegur "encik boleh saya tengok kasut yang encik pegang?" Aku memandang susuk wajah yang comel tak jemu dipandang. Aku menghulur tanpa berpikir panjang. Dia memandang senyumannya ahhh sukar di ungkap.

Tiba tiba datang promoter kedai setelah di panggil oleh gadis tadi. "Kak kasut tu tinggal satu je kak size7" kata promoter itu. Dia memandang aku lalu tersenyum sambil memandang kaki aku. "Kaki awak size 7 gak kan?" Dia berkata. Aku tercengang. "Saya tak kisah kalau kita share kasut yang sama", aku tersenyum simpul penuh makna sebelum mencuba kasut itu bersama dengannya.

ps: tak salah berkongsi masalah dengan orang lain, tak salah berkongsi barang kita dengan orang lain. jangan berduka, akan ada orang yang akan muat memakai kasut kita. keep the kasut keep the love.