February 26, 2014

22 TAHUN HALA TUJU DESTINASI KEMBALI KE PETAK PERMULAAN



Belum habis nafas ku hela, belum jauh kaki aku melangkah, jam aku masih berdetik belum berhenti dek kehabisan bateri, aku masih termanggu memandang ke langit. menghitung bintang yang tak akan habis. hilang satu ditelan lubang hitam muncul pula bintang yang lain. 

aku menghitung tanpa ku sedar 22 tahun sudah berlalu. 22 tahun sudah ku tempuhi. apa sudah aku lakukan. hidup apa yang aku tujukan. hrmm masih aku tak tertuduga.hasrat di hati nak mengubah sesuatu menjadi biasa kembali.tapi tak mampu kerana jalan itu tak aku temui. 

lalu aku biarkan ianya berjaan sendiri. aku mungkin akan jumpa jalan kembali. balik semula ke petak pertama, balik semula ke aras satu. tidak tergopoh gapah menaiki tangga kerana aku tunggu lif yang akan datang jua, membawa aku pergi ke destinasi yang ingin dituju.

PS: 21 bawa aku banyak erti, banyak benda tersirat tersurat yang aku dah rungkaikan yang membawa semuanya diluar kawalan semuanya kelaut dalam. 22 punya resolusi lain mungkin lebih besar lagi besar dari resolusi 1080dp mahupun 4K.