January 24, 2013

SIAPA DALI


Selamat datang semua ini aku Dali. Aku ni kalau nak di kelaskan hanyalah nescafe regular yang di campur dengan air panas, kalau di udara aku hanyalah ruangan kelas ekonomi di dalam penerbangan ke london yang sesak dengan orang. Untuk mengetahui kisah hidup aku mari kita patah ke belakang untuk sebentar untuk dapat general idea tentang diri ini.

Aku di lahirkan di sebuah hospital ya macam orang lain tapi yang uniknya aku aku di lahirkan di hospital gila yang penghuninya datang di sebabkan putus cinta, tekanan keluarga, hilang orang tersayang, dan bekerja di situ termasuklah keluarga aku.

Bersambung.....

January 23, 2013

WARNA


Selamat datang ke dunia yang pernuh dengan warna warna yang bercorak melintasi ruangan mata yang sepasang. Orang kata hidup kau tu sebenarnya seputih kain putih, tapi bagi aku kewujudan kain putih sebagai definasi suci kehidupan sudah tidak relevan. Sapa cakap yang putih tu selamanya suci yang hitam itu selalunya keji.

Bagi aku yang putih yang hitam tu hanyalah sebahagian pewarnaan hidup aku. Aku lagi suka kaitkan hidup aku ni ibarat sebidang kain pelangi. Penuh warna warni. Kau tak suka kau boleh pergi. Kau cakap aku tamak, tak apa mari aku ajar kau menari. Menari di atas lantai kain pelangi.

Aku dah penat nak biar orang mewarnai hidup aku ni. Aku dah penat sebenarnya nak dengar mak aku membebel warna biru di report kad lagi mulia dari warna merah. Aku dah penat tengok warna merah pangkah di kertas jawapan yang aku buat. Dari zaman tadika sampailah universiti aku tak dapat tengok kertas aku bersih tanpa salah.

Aku tabur, aku baling aku sebarkan warna pelangi sampai comot masai aku jadi. Aku bangga mewarna orang orang di sekeliling aku dengan warna pelangi aku tu.

Dek kerap mewarna aku di luar orang anggap aku ni sampah. Warnaku comot, hubungan cintaku tak semerah bunga ros yang mekar, makna persahabatan tak sehijau pokok di hutan. Tapi ada aku kesah? Tadi korang cakap aku tamak sebab aku pilih pelangi. Ni aku nak bagitahu warna pelangi yang aku miliki tadi aku berikan pada orang yang di sekelilingku.

Kalau aku ni sesuci warna putih aku hanya mampu menerima tapi kalau aku ni pelangi aku mampu memberi. Orang yang memberi lagi mulia dari yang menerima. Aku tak kesah memberi asalkan ada yang sanggup menerima. Sekarang kau dah paham kenapa aku ni bewarna pelangi?

January 10, 2013

SIKET JE

Buka mata pandang ke depan
Aku tengok dalam kelambu
Sudah setahun kita tidak berdepan.
Terbit rasa rindu yang kelabu.

TAWA TAWA TAWA


Orang banyak cakap aku ni orang yang susah nak bergaul. Aku rasa aku ni bukan macam tu. Mungkin dorang yang susah nak bergaul dengan aku sebab berbeza gelombang barangkali. Tapi semua tu berubah bila aku jumpa sesorang yang sama frekuensi gelombangnya dengan aku.

 Dia tinggi, dia putih, senyumannya manis, matanya menggoda, tapi tu semua tak penting sebab ada satu benda pasal dia yang buat aku suka. Dia selalu buat aku tertawa.

 Tawanya buat dunia aku yang gelap jadi terang. Hariku yang suram bertukar riang. Hariku tak pernah lekang dengan tawanya. Aku gembira kerana dengannya apa sahaja nampak mudah. Serabut kepala ku hilang sebaik saja bibir munggilnya mengukir senyuman.

 Kata orang langit tak selalunya cerah. Begitu juga kisah aku dengan dia. Aku tak pasti bila tapi sebaik saja dia mengetahui perkara sebenar semua berubah. Gelombang yang disangka serasi kita terumbang ambing frekuensinya. Sukar untukku mengekalkannya.

 Segalanya kian rapuh kian sukar. Apabila sudah masuk pada fasa yang terakhir tawanya yang dulu manis kita bertukar masam. Namun atas kekuatan yang datang dari dalaman dia gagahkan untuk berikan ku tawa semangat. Puteri dan putera yang baru menjadi azimat utama. Pencetus tawa untuk aku dan dia.

 Masuk pada hari-hari terakhir aku bersamanya aku tahu yang ini tidak akan kekal lama. Tawa ini akan menjadi ikatan kita selamanya. Tawa ini akan aku semat bersama memori indah. Tawa ini akan ku bawa ke liang lahad. Tawa yang terakhir yang mungkin terasa berat.

 Ingatlah wahai putera puteriku. Janganlah kamu abaikan peninggalanku. Berilah dia tawa mu yang terhebat. Berilah dia tawamu yang pengubat. Moga-moga tawa mu putera puteriku menjadi pengubat untuknya kala rindukan aku.

ps: yang ni pun salah satu cerpen pendek yang aku hantar untuk this one competition. Orang yang proofread cerpen ni cakap cerita ni macam ada kena mengena dengan kisah benar tapi aku senyumkan saja :)

January 9, 2013

PUJAAN


 Sudah lebih 3 tahun Raudhah menulis cerita cinta yang tidak kesampaian. Ya blognya di cipta hanya untuk lelaki bernama Jiman. Dari hari pertama dia bertemu sehingga sekarang semua postnya hanyalah berkisar jiman. Kadang-kadang terselit juga kisah fantasinya bersama Jiman. Jiman lelaki yang dianggap budiman di luar tapi buaya di dalam telah menambat hati Raudhah.

 Raudhah bukan tak tahu yang jiman tu buaya. Tapi soal hati ni susah nak dirungkai. Buta mata Raudhah bila dengar pujuk rayu Jiman. Duit Raudhah dah banyak habis untuk Jiman. Tapi Jiman tu, belakang Raudhah main perempuan lain.

 Raudhah dah tak tahan. Dia harus menjadikan Jiman miliknya sampai akhir dunia. Satu rancangan sudah di rencana. Malam ni jiman miliknya. Ya miliknya hingga akhir.

  Rancangan Raudhah berjalan dengan lancar. Jiman malam ini tiada agenda lain lalu bersetuju untuk keluar makan berdua. Raudhah mengambil Jiman dirumahnya. Bukan seperti biasa di mana Jiman mengambil Raudhah. Kereta Proton Saga di pacu laju keluar dari ibu kota. Jiman hairan kerana jalannya ini menuju ke tempat lain.

 Kereta itu berhenti di satu jalan yang sunyi. Jiman hairan. Raudhah tersenyum. Jiman bertambah hairan. Raudhah memeluk tangan Jiman sambil berkata "jom kahwin". Jiman menolah sambil menengking "KAU GILA !!! Kau dengan aku memang tak boleh kahwin sebab kita sejenis Raud !".

 "Habis tu selama ni yang U bagi I harapan semua buat ape?" Bersuara Raudhah. "Selama ni aku gunakan kau saja sebab kau banyak duit" Jiman menengking. Raudhah memandang Jiman dengan senyuman. Kereta dipacu laju mencecah 150 km sejam. "Kalau I tak dapat u, orang lain pun tak boleh" kata Raudhah bersahaja. Jiman menjerit dia saat kereta melanggar tebing jalan. Raudhah tersenyum puas.

 Tv di pasang berita utama memaparkan kemalangan ngeri yang melibatkan sebuah kereta yg terbabas ke dalam gaung dan terbakar. Kedua duanya maut di tempat kejadian dalam keadaan yang mengerikan.

ps: act cerita ni untuk satu pertandingan menulis cerpen ni. Tapi tak menang ape pun mehehe :)