January 15, 2010

KAWANKAWANIMISSYOU


Hujan turun dengan lebat.wahhh sejuknya.bulan dan bintang tidak kelihatan.alaa sedihnya.tubuh di hembus dengan angin malam.hurmm nyamannya.idea datang dengan cepatnya.woahh bestnya.tangan menyentuh keyboard dengan lembutnya.wahhh romantiknya.muka senyum secara tiba tiba.huh?adakah orang ini gila.

Lalu di pandangnya potret indah di hadapannya.wajah rakan rakan seperjuangan yang lama sudah tidak kelihatan.nak kata bertahun –tahun itu tidaklah,tapi semenjak tamat zaman persekolahan baru baru ono semuanya sahaja.ada yang sudah berkerja,duduk rumah jaga muka,ada juga yang menghabiskan cuti ini dengan belajar.

Lalu terpikirlah dia apakah akan terjadi dimasa akan datang?Bagaimanakah rupa semua rakan-rakannya apabila sudah besar?bagaimanakah kehidupan mereka?hanya takdir tuhan yang menentukan semua ini.berjaya atau tidak mereka semua tetap yang terbaik bg diri anak muda ini.Tiada apa yang dapat memisahkan ikatan yang terjalin.

Segala susah payah yang dilalui bersama,hiruk pikuk yang dirasai,sakit hati,terbakar hati,iri hati,dengki,tak puas hati dan macam-macam lagi telah menjadikan anak muda ini lebih menghargai makna seorang kawan yang naratifnya lebih dr sekadar perkataan.Biarkan perasaan ini terbang melayang mencari angin yang baru tempat yang baru dalam hidup bersama seorang yang bernama kawan,sahabat,friends,teman,atau juga rakan.





JALAN YANG DIPILIH


Hidup ku kini seperti seorang pengembara yang sedang berdiri di hadapan dua cabang jalan.Jalan itu mungkin membawa aku ke dimensi lain yang tak pernah aku bayangkan.jalan yang pertama kelihatan sangat terang benderang dan kelihatan sangat tenang.tapi bak kata rang tua la kan, air yang tenang jangan disangka tiada buaya.jadi aku tidak pula mahu memilih jalan itu.

Jalan yang kedua pula kelihatan sangat mencabar.penuh liku dan duri.Sepertinya ia penuh dengan liku dan hiruk pikuk kehidupan.tapi bak kata orang dimana ada kemahuan di situ ada jalan.bersusah susah dulu bersenang-senang kemudian.biarkan jalannya agak berliku tapi aku percaya pengakhirannya sesuatu yg menggembirakan.

Berbalik kepada jalan yang hendak ku pilih itu,jawapannya masih lagi tiada.kabur gelap.aku perukan pertinjik intik semua itu.mungkin jawapannya akan tiba sebentar lagi?siapa tahu kan?tapi jalan mana yang menjadi pilihan aku kenalah hadapinya dengan tabah dan jangan sesekali cuba berpatah kembali kerana jalan yang menjadi pilihan itu akan membawa diriku kedalam satu lagi babak baru dalam kehidupan ku ini.

Lambat laun aku kena juga pilih jalan mana yang harus aku ikuti tapi aku pasti jalan yang aku pilih itu akan membuatkan aku puas dalam menghadapi kehidupan sebagai seorang manusia yang bergelar anak muda.


P/s:entry kali ni memang benar-benar buat aku terpikir atas segala tindak tanduk perilaku aku.aku tak nak pisang berbuah dua kali.yang di kejar tak dapat yang di kendong keciciran.apa apa pun kita kena teruskan kehidupan

ADIOSSA


January 14, 2010

SEKALI SEUMUR HIDUP

Peluang kedua?patut ke manusia diduia ni dapat peluang kedua?tepuk dada tanya iman.pokok persoalannya bukan layak ke tidak seseorang itu dapat peluang kedua,tapi bagaimana mereka membetulkan semula kesilapan yang telah mereka lakukan.orang lain pula janganlah jadikan kesilapan yang seseorang telah lakukan sebagai satu ikutan,tapi cubalah untuk tidak mengulanginya lagi.

Kesilapan yang telah kita lakukan tu pun sebenarnya patut kita lihat dari sudut yang positive.dek tidak kerana kesilapan itu kita mungkin tidak tahu dimana kita berdiri pada masa kini.mungkin kita masih bermimpi?berangan?termenung bersendirian?TAPI janganlah banyak pula kesilapan yang kita lakukan didunia ini.banyak silap banyaklah musibahnya.minimunkan lah kesilapan itu.ya kita manusia tak pernah lari dari kesilpan tapi jadikanlah kesilapan orang lain sebagai sempadan.
ada satu kisah anak dan bapa.satu hari anak itu terperangkap di atas pokok.Memanjat pokok pandai,tapi apabila mahu turun dia tak tahu.takut gayat katanya.oleh itu sang bapa ini membantulah anak itu.berkata sang bapa kepada anak yang anak anak lompatlah ayah akan sambu.kata bapa berulang ulang kali.lalu sang anak pun melompatlah kerana percaya dengan apa yang ditutur oleh bapa tadi.tapi ketika anakitumelompat sang bapa itu mengundur kebelakang laluanak itu pun tersembam mencium bumi.menangis anak itu sambil mengesat kepala yang penuh dengan darah.lalu sang bapa pun berkata,itulah caranya aku mengajar kamu menjadi seorang manusia yang sanggup menghadapi kegagalan.
Pernahkah kita terpikir kesilapan itu satu kunci kepada kejayaan?oke kita lihat james watt yang mencipta lampu mentol telah gagal berkali kali.tapi kerana keazaman dan semangat berani menghadapi cabaran.dia telah Berjaya berbakti kepada masyarakat.kita sebagai orang muda kena berani mengaku kesalahan dan berani menghadapi kesalahan yang telah kita lakukan.tak salah jatuh berkali-kali tertapi sekali kita berdiri teruskanlah melangkah kedepan.jangan cepat mengalah generasi mudaku.dunia luas menanti kita.

Ps:entry yang agak bersemangat dari saya.haha
adiossa

January 13, 2010

HIDUP INI INDAH

Duduk rumah.makan tidur.aktiviti biasa aku.hrmmm cuti lepas spm nie memang agak membosankan.mahu keluar tidak berteman.mahu bekerja tak sampai seru.duduk rumah macam anak dara jela.putihkan muka bak kata mak.haha.mengisi masa lapang masa cuti nie kan aku rasa kita kena la buat dengan macam-macam aktiviti yg berfaedah.takdela keluar melepak ke buang masa berjam-jam dengan benda yang memang tak berfaedah kan?kalau taknak buat duit pun sekurang kurangnya kita tambahkanlah diri kita dengan ilmu yang bergunakan?hahaha aku cakap banyak macam la aku manfaatkan masa aku dengan sebenar-benarnyakan?walaupun aku tak manfaatkan dengan sepenuhnya tapi aku rasa boleh la ;P

Weh korang aku ada masalah.nak kene tolong kawan aku yang kemurungan selepas pindah ni.mak bapak dia mintak aku tolong psikokan anak dia.bagi anak dia bersemangat sikit nak sekolah.nak kata aku pakar takde pakar manakan.tapi selalu gak la aku basuh otak kawan aku nie yang perangai dia memang pelik.haha kalo aku berjaya kakak dia belanja aku.semoga Berjaya ya buat diri sendiri :]

Rancangan minggu ni.bangun pagi-pagi,hantar adik sekolah,sambung tido,sarapan pukul sebelas,mengarut dalam ruangan maya,petang-petang keluar rumah,jogging.mungkin aktiviti ni berjalan sampai aku dapat kerja kut?baek.sudah tiada apa yang hendak dikatakan lagi :}

ADIOSSA