February 28, 2010

HAMMADDAMMAHHAMMADDAMMAH

kenapa saya HAMMAD.kenapa saya bukan joyah?mamat?halim?milah? dan sebagai denganya?bagus sangat ke HAMMAD ni?kacak sangat ke?pandai ke?bijak ke?baik ke?hot ke?semua tu memang la takdak seratus peratus kat manusia yang bernama HAMMAD ni tapi dia rasa dia oke la.
tapi dia hanya la perasan.HAMMAD ni cumalah seorang manusia remaja yang menginjak dewasa.gedik siket,suke peluk mak dia,puntal puntal rambut mak dia,suke layan movie,kalau awek ajak laju je dia g.tapi kalau kawan dia ajak kuar mesti lembab.dah la tuh kadang-kadangkan HAMMAD ni kan suke lepak dgn budak-budak dan main permainan budak-budak.
mana ada manusia sempurna.semua orang berlumba-lumba menuju kesempurnaan tapi yang mereka temui cumalah tititk kosong dalam kehidupan mereka.yeasss mmg kita tak sempurna tapi salah nak menjadi sempurna.kerana kesempurnaan adalah milik semua.HAHAHAMMAD
ps:jangan takut mengejar mimpi kerna dari mimpi menjadi realiti.

February 20, 2010

BEZA SANGAT KE KITA NI??

Sama-samalah kita renung sejenak dan berfikir

Wanita menarik nafas lebih kerap daripada lelaki,
manakala lelaki menarik nafas lebih dalam daripada wanita.

Sistem badan lelaki dan wanita pun tidak sama.
Lelaki lebih banyak memerlukan oksigen berbanding wanita supaya mereka dapat menukarnya menjadi tenaga.
Kulit lelaki lebih kasar,kulit perempuan lebih halus.
Perempuan lebih halus suara berbanding lelaki yang kasar dan besar suaranya.
Lelaki memiliki tulang anggota yang lebih panjang berbanding wanita.
Tulang wanita bukan sekadar lebih kecil malah susunannya berbeza disebabkan wanita diciptakan Tuhan dengan struktur tubuh bagi melahirkan anak.

Demikian juga pada segi psikologi,wanita secara umum lebih bersikap mudah mengikut kata hati, lebih berminat kepada cinta dan kasih sayang dan hubungan perasan.
Apabila mengamati benda, kedua-duanya juga berbeza.
Lelaki lebih menggunakan pengamatan tumpuan.
Manakala wanita menggunakan lebih pengamatan luas dan membesar.
Pengamatan lelaki ibarat cahaya laser yang menumpu kepada sesuatu objek.
Manakala, pengamatan wanita ibarat lampu suluh, yang membuka, menampakkan banyak benda.
Wanita mahu mengambil tahu semua perkara. Daripada perkara kecil sehingga perkara besar.
Sementara lelaki hanya menumpukan kepada matlamat utama.

Cuba perhatikan kepada wanita, apa yang mereka bawa apabila berjalan keluar rumah?
Tengok sahaja pada beg tangan mereka lebih besar daripada lelaki.
Lelaki membawa beg kecil sahaja
. Di dalamnya hanya ada lesen kenderaan, duit, surat-surat penting dan kad kredit bank.
Dalam beg tangan wanita semuanya ada dompet duit, kad kredit, buku bank, buku cek, ada alatan make-up, cermin, sikat rambut, tisu muka, pengetip kuku, kunci pen, pensel, ubat sakit kepala, gambar suami, gambar anak, cermin mata hitam, buku telefon, tuala ??? dan macam-macam lagi.

Kenapa sedemikian dilakukan oleh wanita?
Jawabnya kerana wanita memikirkan pelbagai kemungkinan perkara yang boleh berlaku.
Mereka lebih peka, apabila sesuatu terjadi, persediaan sudah pun dilakukan.
Ini bermakna pemikiran dan penumpuan wanita lebih lebar.
Pada lelaki,cukup dengan lesen memandu dan duit.
Sebab mereka mahu sampai ke matlamat.
Duit untuk membeli.Lesen memandu supaya selamat daripada disoal polis.

Demikianlah perbezaan yang wujud antara lelaki dan wanita. Kerana itu, tidak hairan apabila suami isteri ini melihat banyak perkara secara berbeza. Urusan-urusan rumah tangga kadang-kadang ditangani secara berbeza. Contohnya, suami isteri yang kedua-duanya bekerja,mereka terpaksa keluar dari rumah awal pagi. Dalam banyak hal, wanita bekerja yang paling kerap bersungut. Suaminya, apabila keluar sahaja dari rumah, yang dibawa hanya kunci kereta, masuk dalam kereta dan hidupkan enjin, kemudian tunggu isteri. Matlamat mereka ke pejabat. Manakala si isteri, memikirkan apa yang anak bawa ke sekolah, baju di ampaian siapa hendak ambil, anak belum pakai baju lagi, anak belum makan lagi . Kalau bolehnya, dia mahu memikirkan semua benda, kerana padanya, pabila sesuatu terjadi, bagaimana kesudahannya? Biar lewat ke tempat kerja, asalkan semuanya beres.

Apabila si suami dan si isteri ke kompleks membeli belah. Si isteri, apabila masuk sahaja ke pusat membeli belah dia melihat banyak benda dahulu, satu persatu, perlahan-lahan, dari atas ke bawah, kain ini dipegang, diperhatikan dieselkan. Kemudian pegang pula kain lain, selepas berjam-jam barulah dibuat pilihan membeli. Pendek kata, si suami yang menjadi pengikut setia mudah bosan. Bagi lelaki apabila hendak membeli sesuatu, terus dituju ke tempat yang ingin dibeli dan membeli. Membeli belah pada lelaki tidak mengambil masa yang lama seperti perempuan.

Contoh-contoh tersebut menunjukkan wanita mengamati sesuatu berbeza daripada lelaki. Sebab itu, jangan bergaduh selepas membeli belah, jangan bergaduh ketika mahu ke tempat kerja. Si isteri jangan putus asa melihat si suami, apabila keluar sahaja dari rumah terus masuk kereta. Tanpa mengangkat botol susu anak, kain lampin anak, dan berbagai lagi untuk dibawa ke rumah pengasuh.

Akuilah kita berbeza. Perbezaan bukan untuk bermusuh, sebaliknya bagi saling membantu dan berkasih sayang. Kerana kita berbeza, kita lebih berkasih sayang. Jangan disebabkan perbezaan pada cara berkasih sayang antara lelaki dengan seorang wanita, maka timbul krisis rumah tangga berpuluh tahun. Tentulah kerana perbezaan yang ada antara kita itu, maka kita lebih berkasih sayang. Kerana itu, kita berbeza supaya saling sayang-menyayangi.


ps:Don’t wait. Life’s too short to play games. If you love somebody and you wanna be with them, then go get them. Deal with the mess later. You don’t know what tomorrow will bring.

IMPIAN.MIMPI.KOSONG?

semua orang punya mimpi dan impian.tapi cuma bagaimana kita merealisasikan impian dan mimpi kita itu yang membezakannya dari seseorang dan orang yang lain.lain orang lain perspektif hidup mereka.ada yang berpuas hati dengan hidup yang sederhana ada yang macam TAMAK.

impian manusia manusia ini pula.ada yang ingin membawa hidup ke taraf yang lebih tinggi ada yang mahu melepaskan diri dari kepompong atau kelompok yang lama.selalunya mereka punya motivasi diri yang tinggi.tak takut jatuh.bagi mereka kalau jatuh boleh bangun balik.tak ramai yang ada motivasi macam ni.aku memang salute golongan macam ni.

tapi adakah impian yang kita impikan itu jadi kenyataan?berbalik kepada individu itu sendiri.dia kenalah tetapkan matlamat hidup dia itu satu yang realistik.yela takkan la kau laki kau tetapkan matlamat kau nak mengandung.memang tak boleh kan.itu melawan hukum namanya.haha tetapkan tempoh masa dan cuba realitikan impian itu.jika kita bersungguh kita akan berjaya.

ps:salute kat orang yang dah banyak menyumbang kepada kemajuan dunia.adakah nama aku akan tersenarai??haha

February 19, 2010

THIS JUST AN ORDINARY POSTING

oke dari semalam aku tak tiidur.tak boleh tidur.imsomnia agaknya?tapi tak kut?entahlah.tak tidur semalaman membuat aku terpikir banyak benda.manusia kehidupan bumi segala benda bergerak didunia ini secara langsung ataupun tidak.semuanya menyumbang kepada keperkembangan tamadun dunia ini.

Dunia dah bertambah maju.zaman sudah bergerak pantas.siapa lambat sayonaralah.Dunia siber sudah jadi satu keutamaan.Maklumat di hujung jari.nak cari kenalan dari seberang laut pun senang.cuba anda google nama anda.tgk berapa banyak list yang keluar??hahah memang banyak.sampaikan yang mengarut pun ada.itu teknologi punya penangan.

Walaupun teknologi makin berkembang,tapi tahap pemikiran masih lagi di takuk lama.ada yang ingin berubah tapi tak punya semangat.ada yang mahu berubah tapi tak tahan dek kataan kawan.kalau nak ikutkan kata orang sampai bila-bila pun kita mundur.

oke cukup cukup la nak serius pagi pagi ni.semalam aku tengok cerita dan in real life.cerita yang memang best.lawak dan penuh pengajaran.Mungkin apa yang dalam cerita itu tak menggambarkan hidup aku sekarang?tapi siapa tahu mungkin masa depan akan berlaku.Hidup nie tak macam yang kita rancang.mungkin akan berubah.itulah hidup namanya.hee

semalam sembang dgn Pkck pasal bussines.hahah.tula ingakan nak menceburi bidang itu?tapi entah lah.terlalu awl untuk aku pikir pasal benda nie kut?tunggu abbis blajar baru la nak pikir psal ni.hahaha



ps:somethings are just better left unsaid

SUPERSTAR COMEL.HAHAHAH



comel gila budak@orang keerdil nie.hahahaha

CHILL KAWAN

Smlm jalan-jalan usha blog orang tu orang ini.then terjumpa satu blog ni.awek nie syg sangat kat mamat sorang ni.aku  pun tak paham kenapa.mamat tu dah ada awek baru.tp awek ni tetap jugak setia untuk mamat tuh.yang mamat tu plak aku tgk kalo hepi lupa minah tu.bila dia dah tension stress baru la terhegeh-hegeh nak cari awek tuh.
bukannya aku nak masuk campur hal diorang,tapi kesian la tengok si awek asyik banyak berkorban.kesian aku tengok.dah la tu.awek tu banyak dah banyak berhabis air mata untuk si mamat ni.aishh.nanti lama-lama kering plak air mata awek ni.tak lawa dah awek ni jadi.haishh
aku nak cakap lebih tak boleh la.sebab tak kena batang hidung sendiri.t dah kne brula kau taw kan?tapi tula adat bercinta,ada jadi ada tak jadi.tapi tak apelah.asalkan korang bahagia yer?


ps:jangan nangis-nangis lagi taw kawan blogger aku

February 17, 2010

TIME MACHINE.BACK TO THE FUTURE

mata mengantuk.kepala pening.tengkuk sakit.perut lapar.padan muka kamu.sapa suruh tidur lambat huh?tula lain kali buat lagi.kadang korang teringin tak nak ada time machine ke?tak pun portal yang boleh buat korang travel balik ke masa lalu untuk ubah apa yang jadi sekarang ni?ubah balik apa yang dh korang terlepas cakap,buat,tgk.cuba ubah untuk benda tu jadi lg baik kan?

tapi memang tak boleh kan?walaupun para saintis kemukakan macam pendapat pasal benda benda ni.tapi tetap jugak manusia memang takkan dapat nak mengubah apa yang sudah jadi.walaupun kalau boleh aku memang nak kembali ke masa lampau tapi apa yang boleh aku buat?

walaupun kita tak boleh kembali ke masa belakang.ataupun terbang ke masa depan,tapi kita boleh guna asas daya pemikiran kita untuk muhasabah diri?pikir sejenak apa yang kita lakukan.cuba untuk tidak mengulanginya lagi.cuba untuk tidak menempuhnya lagi.kerana pengalaman lampau membuka ruang baru dalam hidup kita.sedar tak sedar pintu masa lampau dan depan telah terbuka di depan kita.semuanya di bawah kawalan kita.menjadikan kita manusia yang lagi berani,sedia menerima kelemahan diri.tahu apa yang perlu dibuat kerana semuanya menjadikan kita lagi matang.menjadi orang yang memang orang.menjadi aku.menjadi kamu.

ps:teringatkan kat kawan yang terlepas cakap dan terpaksa menempuh hari hari berbeza selepas kata-kata yang terlepas

February 16, 2010

First Crush


woaw entry kali ni agak menyentuh privacy aku la.tapi setelah kawan aku cakap nak story pasal dia so aku pun tulis la story pasal dia.jadi harini aku nak cakap pasal crush pertama aku.yup crush pertama.

nak cakap aku ni gatal tadela tapi matang cepat kut?sebab bila aku darjah empat je aku dah tertarik dekat jantina yang berlainan.rakan sekelas aku jugak.masa tu aku dalam kelas 4 jaya.sekolah dekat srk Muhd Saman Pasir Panjang Laut.kira kelas 4 jaya ni kelas top la.budak yang pandai je masuk.hee.masa tuh ada la sorang budak nie nama dia panjang sangat nak tulis tapi aku panggil dia jaja.

jaja ni kira budak yang paling ngetop la kat sekolah time tuh.dia masa tu comel je.dah la tuh anak p.k hem la katakan.bertambah-tambah la naek saham dia.haha.jaja time tu mmg banyak orang minat dia.salah sorangnya aku la.muke dia kecik.puteh.lepas pj ke koko ke kau tengok muke dia jadi merah.tu buat aku lagi suke kat dia.then kalo kau tgk muka dia dekat-dekat kaw akan nampak urat-urat merah kat muka dia.

yang lagi buat aku tertarik dekat dia sebab dia memang pandai.asal ada periksa ja no.1 tapi naseb baek la aku booleh kejar dia.hee.masa tu kecik lagi jd style nak ngorat pun macam budak-budak la.aku kacau-kacau dia.masa dekat kantin aku basuh tangan dia pun ada masa then aku renjis air dekat dia.dia tak puas hati dia pun renjis aku bila aku nak makan.satu hari tu ada pertandingan matematik dalam kelas.dia kira kumpulan ikut rumah sukan.jadi si jaja ni satu kumpulan dengan aku.kitorang punya gandingan menang pertandingan tu.memang serasi kitoraang.

tapi malangnya jaja ni kena pindah pergi convent ikut emak dia.hrmmm.lama lama hilanglah perasaan aku dekat jaja tuh.bila jumpa ja kitorang dah besar.aku dapat taw kawan aku try nak ngorat jaja,tapi tak dapat.hahaha padan muka kaw.JAJA tunggu aku kut??haha then bila jumpa dia dh jadi mcm lain.yela masa berlalu manusia berubah.so aku terimala dia seadanya.walaupun perasaan dah lama hilang tapi kitorang masih lagi berkawan dan seronok kawan dengan kaw jaja.heee ;P

ps:semua ini kisah benar.walaupun ada tukar2 siket.tapi tak ape lah.hahah

HAPPY BIRTHDAY HAMMAD

tak percaya.memang tak boleh percaya.aku dah umor 18??hahha cepat je masa berlalu.dah 18 tahun rupanya aku keluar dari perut mak aku.tak percaya weh memang tak percaya.terkenang balek dekat hari hari yang aku lalui sepanjang 18 tahun aku hidup sebagai seseorang yang bernama hammad dali.kalo dulu aku kecik sekarang dh besar.kalo dulu aku pendek sekarang dah tinggi.kalo dulu gigi tak kena renovate lg sekarang dh habis renovate dah.memang cepat sampaikan mak aku pun terasa aku membesar dengan cepat.dia kata aku dh makin hensem.haha jarang mak aku nak puji aku tau.kata orang kata ibu x pernah menipu so betul la kut??hee :D

jadi sekarang ni aku boleh la buat aktiviti yang orang 18 tahun dan ke atas buat.hahaha takdala nanti masuk wayang orang usha pelik kat aku sebab aku bawah umur.tapi jadi 18 ni ada jugak tak bestnya.18 menunjukkan aku dah tua.tak boleh lepak dengan budak bawah umor.tak boleh maen nyorok-nyorok.kejar-kejar.tak boleh jadi macam budak-budak dah.cara pemikiran pun kena berubah.sesuai dengan usia aku.tak boleh terbawa-bawa sangat perasaan.tak boleh banyak mengalamun dah.matlamat hidup kena tetapkan dari sekarang.Nak jadi pm la katakan hahaha.18 tahun membawa aku kepada aktiviti yang lebih mematangkan aku.bercampur dengan pelbagai orang.hee

ohh ya lupa terima kasih kepadaAMREE,KERO,IKMAL,HAZIM,SHAHRUL,FAIZ,ADIK UMAI,AKRAM,ADIBsebab korang menjadikan malam hari jadi aku malam yang indah.korang tak pernah miss birthday aku kan?hee.tapi asah lg skill baling telur ye sbb byk x kne.hahah.air busuk tuh mmg busuk weh.jagala kaw akram haha.
tak lupa jugak buat EMAK,AYAH,ALONG,KAK NYAHsebab korang ingat aku and untuk mak dan ayah tanpa korang sapa la aku kan??
berjuta juta terima kasih buat kawan-kawan yang wish aku melalui mesej,facebook,myspace.korang memang best weh.

18 menjadikan aku manusia yanglebih baek.hee

ps:untuk semua yg mengingati aku sebagai kawan.ANDA SEMUA MEMANG YANG TERBAEK.

February 3, 2010

journal

saya sedang membuat journal bermula dr hari ini.agak kurang nak update blog.tp akan cuba slalu updte so see ya

ps:terpengaruh peh tgk movie the fame ghaahahaa