February 26, 2014

22 TAHUN HALA TUJU DESTINASI KEMBALI KE PETAK PERMULAAN



Belum habis nafas ku hela, belum jauh kaki aku melangkah, jam aku masih berdetik belum berhenti dek kehabisan bateri, aku masih termanggu memandang ke langit. menghitung bintang yang tak akan habis. hilang satu ditelan lubang hitam muncul pula bintang yang lain. 

aku menghitung tanpa ku sedar 22 tahun sudah berlalu. 22 tahun sudah ku tempuhi. apa sudah aku lakukan. hidup apa yang aku tujukan. hrmm masih aku tak tertuduga.hasrat di hati nak mengubah sesuatu menjadi biasa kembali.tapi tak mampu kerana jalan itu tak aku temui. 

lalu aku biarkan ianya berjaan sendiri. aku mungkin akan jumpa jalan kembali. balik semula ke petak pertama, balik semula ke aras satu. tidak tergopoh gapah menaiki tangga kerana aku tunggu lif yang akan datang jua, membawa aku pergi ke destinasi yang ingin dituju.

PS: 21 bawa aku banyak erti, banyak benda tersirat tersurat yang aku dah rungkaikan yang membawa semuanya diluar kawalan semuanya kelaut dalam. 22 punya resolusi lain mungkin lebih besar lagi besar dari resolusi 1080dp mahupun 4K.

October 6, 2013

BERLALU PERGI

Merenung jauh ke syiling rumah. Berputar-putar kipas tu pada kelajuan 120 rev pes second. Aku pandang lagi. Aku pandang lagi. Sampai aku terbuai hipnosis kipas yang membawa kau ke dunia fantasi. Kiri kanan aku bukan lagi katil. Kepala aku dah tak ada kat atas bantal. Aku berada di bumi berlainan.

Susuk cantik di depan aku. Bukan satu, bukan dua tapi lima. Cantiknya mereka bukan kepalang. Hati ini rasa senang. Lima-lima tu pernah beraja di hati. Lima-lima itu pernah aku belai disisi. Mata aku masih lagi tidak berhenti-henti berkelip. Kelima-lima masih memerhati. Merenung tajam ke mata aku. Yang meninggalkan aku memandang aku dengan penuh kasihan. Yang ditinggalkan, renungannya penuh kemarahan.

Aku masih berdiri, mengadap lima susuk cantik. Lima susuk penyesalan. bukan penyesalan tapi lima susuk penuh erti. Lima susuk penuh warna, lima susuk penuh gaya, yang mana yang satu tak melebihi yang lain begitulah sebaliknya. aku bersuara.

       " kenapa kamu muncul di sini, bukankah kita sudah tiada lagi"

Pertanyaanku tinggal pertanyaan. Semua susuk cantik diam. Aku memikirkan hipotesis untuk kejadian ini. Mengapakah mereka senyap. Adakah terlalu sedih untuk berbicara, atau terlalu marah untuk melemparkan kata-kata. Hipotesis aku tinggal hipotesis. Tiada pemboleh ubah yang mampu untuk menjelaskan hipotesis aku itu.

Susuk yang pertama mengubah perlakuan. di ikuti kedua, ketiga, keempat dan kelima. Mereka semua tersenyum seperti dahulu. Aku paham benar mengapa mereka tersenyum. Semuanya sudah punya peganti. Semua sudah boleh memulakan hidup dengan happy. Ini mungkin petanda bagi aku untuk menerima. Menerima semua yang berlalu pergi akan bermula dengan kisah yang lain. Cerita yang akhirnya membuatkan puteri bertemu rajanya. cinderella bertemu kasutnya,snow white mendapat ciumannya.

aku bermonolog di dalam hati.

     " ini adalah masa untuk melangkah pergi. Hentikan perangai yang tak seberapa ini, biarkan mereka bahagia dengan pasangan mereka. Sudah tiba masanya untuk aku menerima yang mereka sudah ada yang punya. Zaman untuk stalk akaun facebook,twitter,dan instagram sudah berakhir. Pergilah kamu wahai yang di cintai. kisah kita berakhir di sini. akan aku mulakan hati ini dengan orang yang baru. Aku tak akan mencari kamu. Selamat tinggal wahai 5 susuk cantik. Tidak aku sesali semua yang terjadi. Kepada 5 susuk cantik. aku kini sudah boleh berdiri. terima kasih 5 susuk cantik"

Habis sahaja monolog di dalam hati, mereka semua pergi dengan senyuman. Begitu juga aku, tersenyum di sebalik kepayahan untuk move on dari percintaan.Sakitnya bukan senang, penderitaannya berpanjangan, tapi disebalik kesukaran aku mampu berdiri untuk menjadi lebih kuat mencari cinta baru. Aku tak kisah berapa banyak yang bakal aku tempuhi kerana yang satu pasti akan ku temui.


ps: sapa cakap nak move on susah, sapa cakap nak mulakan hidup baru senang. kita kena punya semangat dan teruskan hidup dengan penuh ketabahan. ( cakapsenang kena batang hidung baru tahu kan)


September 21, 2013

LELAKI CELAKA

Ini kisah lelaki celaka. 
Punya hati dan budi bicara.
Bicara banyak pada pelbagai jiwa.
Jiwa terdetik perasaan suka.
Tapi celaka tetap celaka.
Dia biarkan sahaja semua terluka.

Ini kisah lelaki celaka.
Dia pikir dia tu siapa mahu pegang dunia.
Dia ingat dia tu power nak tawan isinya.
Dia tak sedar petaka yang tiba.
Sebab ape?
Sebab dia celaka.
Lelaki celaka tetap celaka.
Walau kat mana kau letak penanda bukunya.

Lelaki celaka ni punya kisah.
Kau boleh buat cerpen 10 muka surat,
Kau boleh buat novel 33 bab.
Kau boleh buat filem 3 episode penuh wayang.
Semuanya kau letak tajuk CELAKA.
Kerana dia celaka lelaki celaka.
Kecelakaan dia menarik semua.

Lelaki celaka oooo lelaki celaka.
Banyak sangat kecelakaan kau dah taburkan.
Banyak sangat bunga dah kau busukkan.
Banyak sangat taik dah kau buang.
Sampaikan presiden persatuan celakan pun nak turun tahta.
Sebab tak larat nak hadap kau lelaki celaka.

Lelaki celaka.
Lelaki celaka.
Cepatlah sedar lelaki celaka.
Jangan ada yang tersakiti lagi lepas ni lelaki celaka.
jangan ada yang mengalir lagi lepas ni lelaki celaka.
berhentilah kau lelaki celaka dari menjadi celaka.
Sampai bila kau nak bercelaka.
Celaka kau tak boleh bawak ke syurga.
Simpan celaka kau.
Tutup Celaka kau.
Moga esok takkan ada yang tercelaka dengan perangai celaka kau.


ps: aku tak tau nak eja celaka ka cilaka? wakakakaka plus nak letak gambar berkaitan tapi aku tak jumpa. dah 4 hari susah nak tidur, imsonia dah mai balik.  tape lebih  masa untuk mengarut. 

March 18, 2013

PUTUS CINTA

semalam aku meraba,
kini aku mencari,
mari kita berjimba,
bercakap sambil menari.

semalam aku mendengar,
suara halus berkata-kata,
berambus kau dari mendengar,
aku dah penat dah nak mengata.

aku di sini mengabar berita,
berita baik aku ceritakan yang buruk aku simpan,
kalau kau rasa tak nak mendengar yang derita,
aku cadangkan kau tutup browser ni sebelum kau tertekan.

semalam i call u u tak answer,
aku bukan nak menyanyi lagu tu kat sini,
aku serius ni semalam aku call kau kenapa kau tak answer?,
kau nak bikin aku hangin ke apa ni ??

aku dah penat,
aku dah malas,
aku tak larat.
nak cakap kias-kias.

aku malas nak cakap panjang-panjang,
aku cakap kau tanak dengar,
okey ini keputusan aku tanpa berpikir panjang,
aku harap nama kau lepas ni aku dah tak nak dengar.

selamat tinggal sayangku.


ps: tak ada kena mengena pun dengan aku sebenarnya, saja try buat poem ala-ala orang broken hearted gituh mahahaha

March 17, 2013

BUTA




 Berjalan aku berjalan. Berjalan aku penuh tujuan. Dari kaki lima jalan yang kosong  aku melewati ke kawasan yang penuh dengan orang. Langkah ku bermula dengan bismillah. Satu tapak ke satu tapak. Tanganku menghayun ke kiri kanan mencari haluan. Bunyi pantulan menjadi panduan. 

 Sampai aku di satu persimpangan. Aku menghentikan langkah. Menekan lampu traffic ligt yang megah berdiri. Satu persatu bunyi kenderaan melewat persimpangan. Bau wangian asap kenderaan menusuk jauh ke dalam nostril hidung. Aku menekup hidung menunggu penuh kesabaran. "Bip!!! Bip!!! Bip!!!" Tanda aku harus memulakan langkah ke seberang.

 Adat hidup di kota rimba, manusia hilang budi pekerti, satu susuk tubuh melanggar sisi. Aku terjatuh ke tepi. Tongkat kesayanganku terlepas dari genggaman. Terdengar suara dan wangian perfume bermacam jenama melewati aku tanpa rasa mahu membantu. Aku terkial-kial meraba-raba kaki jalan yang kasar kulitnya, yang berdebu kulitnya.

 Dalam kegelapan aku terlihat cahaya, cahaya yang aku tak pernah nampak lepas insiden yang menghitamkan aku 7 tahun lalu. Aku jadi lupa cahaya itu. Cahaya yang datang dengan suara dan bauan yang aman. Tanganku di pegang. Aku di tarik ke belakang. Di sandarkan aku ke kaki tiang kukuh traffic ligh. Di kembalikan tongkat kesayanganku. Suara lunak berkumandang memecah situasi kelam.

 Bertanya dia adakah aku okey? Aku terdiam terkesima mendengar suaranya yang sedap, baunya yang sangat harum. Sudah lama aku tak dengar suara ini. Sudah lama agaknya aku pendamkan diri dari mendengar suara ini bauan ini. Dia memegang tanganku erat, sudah lama aku rindukan sentuhan ini. Memori kembali kepada insiden 7 tahun lepas.

 Aku kehilangan orang yang aku sayang bersama dengan anugerah tuhan 7 tahun lepas, tapi ianya seolah-olah hidup kembali hari ini. Di hari yang sama aku kehilangan semuanya yang aku miliki. "Awak nak pergi mana ??" Dia bersuara. Aku membalas "menziarah orang yang tersayang di Block K". Dia tersentak kerana tahu Block K merujuk tanah perkuburan di kawasan itu. Aku bangun lalu melangkah. Baunya hilang dari hidung kemek ku.

 Seminggu kemudian aku berjalan mencari angin petang aku melewati kawasan taman berdeketan rumahku. Aku berjalan sehingga aku terhidu bau yang sangat aku kenal. Bau yang aku ingat dari 7 tahun dulu, bukan bau ni dari seminggu yang lalu. Semakin lama semakin dekat. Aku berdebar. Bau itu sekelip mata hilang dari hidungku, aku berpusing mencari bau itu. Satu sentuhan hinggap di tongkat kesayanganku.  Aku kaget lalu suara yang merdu meleraikan segalanya. "Mari saya temankan awak" suara itu merungkai segalanya. Aku kembali bernyawa, aku kembali melihat semenjak hari itu.

February 7, 2013

Kasut Tak Berjenama


Aku memegang kasut di satu kedai sukan berhampiran rumah aku. Aku meneliti ciri-ciri pembuatannya yang bagi aku cukup sifat pembuatannya. Struktur sifatnya yang tegap gagah cukup baik untuk memberi keselesaan kepada aku. Warnanya yang berwarna-warni cukup menarik perhatian seolah-olah seorang manusia yang mudah menarik perhatian mata yang memandang.

Muncul tanda tanya di benak minda adakah benar kasut ini sesuai untuk aku? Selesakah aku memakainya. Lamakah dia bertahan dengan aku. Mampukah dia berjalan jauh denganku? Adakah muat untuk orang lain memakainya. Muncul beribu persoalan, beribu andaian, pelbagai hipotesis telah dirangka.

Pemboleh ubah dimalarkan adalah kasut itu dan pemboleh ubah di manipulasi adalah hidup aku lalu kita akan nampak pemboleh ubah bertindak balas terhadap dua pemboleh ubah sebelumnya akan kelihatan. Kita akan lihat yang di akhir jalan tiada sesiapa akan muat untuk memakai kasut ini.

Seorang putera mencari pemilik kasut yang dijumpanya entah di mana? Habis satu negara di carinya untuk tahu siapakah pemiliknya. Akhirnya seorang gadis kampung memilikinya. Kasut yang ku pegang ni memang tak akan pernah sama dengan kisah putera dan gadis kampung itu.

Kasut yang aku pegang mungkin tak akan pernah muat untuk orang itu malah sesiapa pun. Kasut yang aku pegang tak akan menarik minat sesiapa pun. Kasut yang aku pegang nampak lawa diluar tapi busuk di dalam. Kasut yang aku pegang nampak sedap di pakai tapi berlubang di dalam. Uzur rasanya.

Sedang aku mengelamun ada suara menegur "encik boleh saya tengok kasut yang encik pegang?" Aku memandang susuk wajah yang comel tak jemu dipandang. Aku menghulur tanpa berpikir panjang. Dia memandang senyumannya ahhh sukar di ungkap.

Tiba tiba datang promoter kedai setelah di panggil oleh gadis tadi. "Kak kasut tu tinggal satu je kak size7" kata promoter itu. Dia memandang aku lalu tersenyum sambil memandang kaki aku. "Kaki awak size 7 gak kan?" Dia berkata. Aku tercengang. "Saya tak kisah kalau kita share kasut yang sama", aku tersenyum simpul penuh makna sebelum mencuba kasut itu bersama dengannya.

ps: tak salah berkongsi masalah dengan orang lain, tak salah berkongsi barang kita dengan orang lain. jangan berduka, akan ada orang yang akan muat memakai kasut kita. keep the kasut keep the love.

January 24, 2013

SIAPA DALI


Selamat datang semua ini aku Dali. Aku ni kalau nak di kelaskan hanyalah nescafe regular yang di campur dengan air panas, kalau di udara aku hanyalah ruangan kelas ekonomi di dalam penerbangan ke london yang sesak dengan orang. Untuk mengetahui kisah hidup aku mari kita patah ke belakang untuk sebentar untuk dapat general idea tentang diri ini.

Aku di lahirkan di sebuah hospital ya macam orang lain tapi yang uniknya aku aku di lahirkan di hospital gila yang penghuninya datang di sebabkan putus cinta, tekanan keluarga, hilang orang tersayang, dan bekerja di situ termasuklah keluarga aku.

Bersambung.....

January 23, 2013

WARNA


Selamat datang ke dunia yang pernuh dengan warna warna yang bercorak melintasi ruangan mata yang sepasang. Orang kata hidup kau tu sebenarnya seputih kain putih, tapi bagi aku kewujudan kain putih sebagai definasi suci kehidupan sudah tidak relevan. Sapa cakap yang putih tu selamanya suci yang hitam itu selalunya keji.

Bagi aku yang putih yang hitam tu hanyalah sebahagian pewarnaan hidup aku. Aku lagi suka kaitkan hidup aku ni ibarat sebidang kain pelangi. Penuh warna warni. Kau tak suka kau boleh pergi. Kau cakap aku tamak, tak apa mari aku ajar kau menari. Menari di atas lantai kain pelangi.

Aku dah penat nak biar orang mewarnai hidup aku ni. Aku dah penat sebenarnya nak dengar mak aku membebel warna biru di report kad lagi mulia dari warna merah. Aku dah penat tengok warna merah pangkah di kertas jawapan yang aku buat. Dari zaman tadika sampailah universiti aku tak dapat tengok kertas aku bersih tanpa salah.

Aku tabur, aku baling aku sebarkan warna pelangi sampai comot masai aku jadi. Aku bangga mewarna orang orang di sekeliling aku dengan warna pelangi aku tu.

Dek kerap mewarna aku di luar orang anggap aku ni sampah. Warnaku comot, hubungan cintaku tak semerah bunga ros yang mekar, makna persahabatan tak sehijau pokok di hutan. Tapi ada aku kesah? Tadi korang cakap aku tamak sebab aku pilih pelangi. Ni aku nak bagitahu warna pelangi yang aku miliki tadi aku berikan pada orang yang di sekelilingku.

Kalau aku ni sesuci warna putih aku hanya mampu menerima tapi kalau aku ni pelangi aku mampu memberi. Orang yang memberi lagi mulia dari yang menerima. Aku tak kesah memberi asalkan ada yang sanggup menerima. Sekarang kau dah paham kenapa aku ni bewarna pelangi?

January 10, 2013

SIKET JE

Buka mata pandang ke depan
Aku tengok dalam kelambu
Sudah setahun kita tidak berdepan.
Terbit rasa rindu yang kelabu.

TAWA TAWA TAWA


Orang banyak cakap aku ni orang yang susah nak bergaul. Aku rasa aku ni bukan macam tu. Mungkin dorang yang susah nak bergaul dengan aku sebab berbeza gelombang barangkali. Tapi semua tu berubah bila aku jumpa sesorang yang sama frekuensi gelombangnya dengan aku.

 Dia tinggi, dia putih, senyumannya manis, matanya menggoda, tapi tu semua tak penting sebab ada satu benda pasal dia yang buat aku suka. Dia selalu buat aku tertawa.

 Tawanya buat dunia aku yang gelap jadi terang. Hariku yang suram bertukar riang. Hariku tak pernah lekang dengan tawanya. Aku gembira kerana dengannya apa sahaja nampak mudah. Serabut kepala ku hilang sebaik saja bibir munggilnya mengukir senyuman.

 Kata orang langit tak selalunya cerah. Begitu juga kisah aku dengan dia. Aku tak pasti bila tapi sebaik saja dia mengetahui perkara sebenar semua berubah. Gelombang yang disangka serasi kita terumbang ambing frekuensinya. Sukar untukku mengekalkannya.

 Segalanya kian rapuh kian sukar. Apabila sudah masuk pada fasa yang terakhir tawanya yang dulu manis kita bertukar masam. Namun atas kekuatan yang datang dari dalaman dia gagahkan untuk berikan ku tawa semangat. Puteri dan putera yang baru menjadi azimat utama. Pencetus tawa untuk aku dan dia.

 Masuk pada hari-hari terakhir aku bersamanya aku tahu yang ini tidak akan kekal lama. Tawa ini akan menjadi ikatan kita selamanya. Tawa ini akan aku semat bersama memori indah. Tawa ini akan ku bawa ke liang lahad. Tawa yang terakhir yang mungkin terasa berat.

 Ingatlah wahai putera puteriku. Janganlah kamu abaikan peninggalanku. Berilah dia tawa mu yang terhebat. Berilah dia tawamu yang pengubat. Moga-moga tawa mu putera puteriku menjadi pengubat untuknya kala rindukan aku.

ps: yang ni pun salah satu cerpen pendek yang aku hantar untuk this one competition. Orang yang proofread cerpen ni cakap cerita ni macam ada kena mengena dengan kisah benar tapi aku senyumkan saja :)

January 9, 2013

PUJAAN


 Sudah lebih 3 tahun Raudhah menulis cerita cinta yang tidak kesampaian. Ya blognya di cipta hanya untuk lelaki bernama Jiman. Dari hari pertama dia bertemu sehingga sekarang semua postnya hanyalah berkisar jiman. Kadang-kadang terselit juga kisah fantasinya bersama Jiman. Jiman lelaki yang dianggap budiman di luar tapi buaya di dalam telah menambat hati Raudhah.

 Raudhah bukan tak tahu yang jiman tu buaya. Tapi soal hati ni susah nak dirungkai. Buta mata Raudhah bila dengar pujuk rayu Jiman. Duit Raudhah dah banyak habis untuk Jiman. Tapi Jiman tu, belakang Raudhah main perempuan lain.

 Raudhah dah tak tahan. Dia harus menjadikan Jiman miliknya sampai akhir dunia. Satu rancangan sudah di rencana. Malam ni jiman miliknya. Ya miliknya hingga akhir.

  Rancangan Raudhah berjalan dengan lancar. Jiman malam ini tiada agenda lain lalu bersetuju untuk keluar makan berdua. Raudhah mengambil Jiman dirumahnya. Bukan seperti biasa di mana Jiman mengambil Raudhah. Kereta Proton Saga di pacu laju keluar dari ibu kota. Jiman hairan kerana jalannya ini menuju ke tempat lain.

 Kereta itu berhenti di satu jalan yang sunyi. Jiman hairan. Raudhah tersenyum. Jiman bertambah hairan. Raudhah memeluk tangan Jiman sambil berkata "jom kahwin". Jiman menolah sambil menengking "KAU GILA !!! Kau dengan aku memang tak boleh kahwin sebab kita sejenis Raud !".

 "Habis tu selama ni yang U bagi I harapan semua buat ape?" Bersuara Raudhah. "Selama ni aku gunakan kau saja sebab kau banyak duit" Jiman menengking. Raudhah memandang Jiman dengan senyuman. Kereta dipacu laju mencecah 150 km sejam. "Kalau I tak dapat u, orang lain pun tak boleh" kata Raudhah bersahaja. Jiman menjerit dia saat kereta melanggar tebing jalan. Raudhah tersenyum puas.

 Tv di pasang berita utama memaparkan kemalangan ngeri yang melibatkan sebuah kereta yg terbabas ke dalam gaung dan terbakar. Kedua duanya maut di tempat kejadian dalam keadaan yang mengerikan.

ps: act cerita ni untuk satu pertandingan menulis cerpen ni. Tapi tak menang ape pun mehehe :)

October 22, 2011

NEW CHAP:TIDAK PANDAI UNTUK MENTAFSIRKANNYA

dalam sibuk kita meneroka dunia ini.kita tak dapat lari dari mulut orang yang mengata. kalau yang okey itu baguslah tapi kalau yang "kureng" itu tak tahu bagaimana aku nak mentafsirkannya.kerana dunia ini bebas bagi sesiapa orang untuk berkata-kata. tapi pernahkah mereka terpikir kata kata mereka itu bakal didengari oleh tuan empunya?? lagi sekali sukar untuk aku mentafsirkannya. tidakkah mereka sedar kata kata mereka itu dihasilkan oleh getaran kotak suara dimana gelombang itu dihasilkan. dan bukankah sifat gelombang itu bergerak kesemua arah? dah arah tujuan gelombang itu adalah kepadaku. masih tidak dapat aku tafsirkan.

atau mereka tidak sedar akan kebenaran disebalik kepahitan??atau mereka berpura tidak sedar kerana takut akan kebenaran? masih-masih tidak dapat aku tafsirkan.kerana gelombang suara, aku dan dia bergaduh. kerana gelombang suara dia salurkan ketidakpuas hatinya kepada ku.tapi aku tenang.kerana setiap sesuatu ada sebabnya. kita sebagai manusia harus pandai untuk mentafsirkannya. tapi aku masih kurang ilmu untuk mentafsirkannya.

ps: hariku kini bernada sepi.setelah selesai dengan dia ada pula masalah dengan dia. ia berpusing seperti satu kitaran.tapi aku masih tidak pandai untuk MENTAFSIRKANNYA (:

June 25, 2011

CHAPTER 120: PARANOIA :)

menulis diatas batu.
aku tak nampak apa yang ada disitu.
mana aku buta kerana sesuatu.
tak nampak apa yang ada disitu.

buta ku membuta tuli.
buat keputusan tak ingat orang disini.
ku teruskan walau tahu apa akan jadi.
asalkan aku rasa diri happy. :)

agak lama aku tak menulis disini.bukan kekeringan idea mentah untuk di olah kedalam tulisan tapi masa yang terlalu cepat meninggalkan aku sehingga aku tak sempat untuk berfikir pun akan apa yang aku coretkan disini.Ye aku tau masa manusia semua sama tapi aku terpaksa spend time aku untuk tutor tutor tutor study study lab report lab report.sampai masa untuk diri sendiri pun tiada.

well aku tahu aku memang fail dalam bab-bab pengurusan masa ni.ye aku ada buat perancangan untuk hari-hari aku tapi aku tak ikut pun.aku tak tahu mengapa?kemalasan?kurang disiplin?

mungkin itu boleh digambarkan tentang diriku ini.haha tapi past few weeks ni aku dah tukarkan semua ini menjadi sesuatu yang lain.aku dah buat planner.every night aku tulis apa yang aku nak buat esok.so aku sudah jadi lebih terurus sekarang ni.tiada apa yang anda perlu risaukan.aku sudah besar dan sudah pandai aku mengorak langah kedepan.yang dibelakang aku pikul.yang dihadapan aku sambut.semuanya tampak mudah.satu-satu halangan aku tempuh.semuanya pergi dengan senyuman dan datang dengan kegembiraan. aku sahut semuanya dengan satu harapan agar aku berjaya dalam KEHIDUPAN



ps:suasana baru dalam kehidupan.baru start sem dh ada konflik.tapi sudah settle dont woryy yer hee :)

May 19, 2011

CHAPTER 119: PENGUMUMAN PENTING!!

Lagi beberapa hari nama blog ini akan ditukarkan ke theroqiyahjoyah.blogspot.com :DD Kenapa tukar? Saja mahu meneroka dunia baru :) Jadi teruskan mengfollow blog ini ye.


p/s: Url je tukar tapi gaya style dan cara pemikiran tetap sama dan semakin berkembang dgn baiknya :D



May 17, 2011

CHAPTER 118: PEMERGIAN YANG TIDAK DI SANGKA

hidup ni
umpama buah kelapa
menunggu masa jatuh ke bawah
tak kira buah muda ke tua?
semuanya akan menjunam
dek tarikan graviti

samalah seperti
hidup kita disini
tak kira muda tua
semuanya akan pergi
pergi menghadap ilahi



mengejutkan dan tidak disangka-sangka.adik aku balik dari sekolah then terus bukak cerita kata kawan sekolah rendah aku muaddib mustapher telah kembali ke rahmatullah akibat accident dengan lori.aku dengar mula-mula pun terkejut?ayah pun tak percaya lagi.semuanya tak clear.ayah suruh adik pergi tengok dekat rumahnya.sepuluh minit selepas tu adek balek. CONFIRM.

aku terdiam.rakan sebaya aku.19 tahun umurnya.kembali menghadap sang pencipta.rasanya baru semalam aku dan dia bersekolah rendah sama-sama.melihat kaki dia yang luka (sangat besar luka akibat digigit anjing).tup-tup dia dah pergi dulu dari kita semua.walaupun aku dengan dia tak rapat sangat.tapi kami selalu jugak berjumpa.kadang-kadang dia datang ke rumah aku ambil kelapa yang ayah dia pesan.semuanya berlaku dalam sekelip mata.memang kita takkan jangka benda ni berlaku.

aku bermula befikir.kalau nyawa semuda aku boleh di ambil.apatah lagi orang tuaku.memang maut kita tak boleh tolak.memang mati menghampiri kita.oleh itu kita bersedialah menghadapi maut yang bakal menjelma.relakanlah pemergian orang yang sudah pergi.janganlah kita tangisi semuanya.berdoalah yang terbaik untuknya disana.

alfatihah untuk allahyarham muhammad muaddib mustapher

ps:semoga roh allayarham ditempatkn di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.diharap ahli keluarga muaddib dapat bersabar di atas pemergiannya.alfatihah juga buat datuk nenek sebelah emak dan ayah dan semua umat islam didunia ini yang telah pergi dulu meninggalkan kita

May 10, 2011

CHAPTER 117: SELAMAT HARI IBU

hari berganti hari.
siang bertukar malam.
matahari menindih bulan.
panas memayuni kesejukan.
musim bersilih ganti.
teknologi semakin meniggi diri.
tetapi dia tidak begini.
walaupun dunia sekelilingnya  bertukar ganti.
tetapi dia tetap kekal berdiri.
menyaksikan anaknya yang sudah membesar.
bersama sang suami yang disayangi.
dialah ibuku yang ramai jadi iri hati.
kerana dia adalah yang terbaik yang hadir dalam hidupku.
perkara terindah yang tak dapat kamu miliki.


apabila tiba sahaja minggu kedua pada bulan mei.semua manusia didunia ini sibuk menyambut satu hari yang amat bermakna kepada kita.hari kita melahirkan manusia yang telah mengandongkan kita membesarkan kita dan mendidik dan melihat kita membesar dari embryo sampailah kepada seorang manusia yang sudah mempunyai cita-cita.

anak mana yang tak penah buat salah kat mak bapak??lagi lagi dengan mak kita.cakap nak pergi study group tapi melencong pergi cc main COD.(akulah tu haha).anak mana yang tak pernah meninggi suara dekat mak?anak mana yang tak penah melawan kata-kata mak?anak mana yang tak pernah hentak pintu tanda protes dekat mak?anak mana kalau bukan kita kan? (kalau anda bukan yang disebutkan tahniah kerana anda anak yang baik).

tapi pernahkah ibu kita membenci kita dengan tingkah laku kita itu?pernahkah dia menolak kita ketepi?buang kita?tak mengaku kita anaknya selepas tingkah laku bodoh yang kita buat??
tidakkan?setiap teguran ada sebabnya.setiap amarah ada puncanya.setiap langkah ada sebabnya. "mak tak marah kalau abg yang tak buat silap" there will be a reason for something kn?

so sebagai anak kita janganlah mengambil hati di atas teguran ibu kita.mereka lagi banyak makan garam dengan kita.kalau tak takkan mereka kena drah tinggi kan??hee. okay di akhir perbualan aku nak ucapkan selamat hari ibu kepada semua ibu di dunia kerana anda yelah melahirkan anak-anak yang cemerlang didunia ini.dan kami SAYANG KAMU IBU.


AKU DAN MAK :)
ps: tulisan ini datangnya dari pengalaman aku sebagai anak kepada SANIAH BINTI SHAHIDUN wanita yang paling lawa yang aku pernah tengok.tak ada yang lagi lawa dari senyemun ibuku.hee.nak cerita lebih pasal mak tapi rasanya dah tulis banyak pasal dia so kalo korang nak tahu korang nak baca lg korang TEKAN SINI walaupun aku rasa tak banyak mana pun aku tulis kat situ tapi korang baca jelah hee. until ten see ya

May 7, 2011

CHAPTER 116: PERUBAHAN KEPADA??

dulu kecik.
sekarang besar.
dulu tikus.
sekarang gajah.
dulu hingusan.


sekarang artisan.
dulu satu.
sekarang 1+1=2.
dulu di dasar rantai makanan.
sekarang raja di kayangan.


okay perubahan dalam kehidupan atau dalam bahasa ibunda sebelah emak aku iaitu evolution adalah satu turning point dimana kia mengalami perubahan dalam hidup.ianya tak terhad kepada manusia mahupun benda tidak hidup.okey kalau ada yang tak setuju dengan aku benda bukan hidup tak mengalami perubaan@evolution teruskan membaca entry aku ini. kerana aku akan mendedahkan seduatu yang tidak terjangkau oleh pemikiran kalian.


May 1, 2011

115: PERLUKAH DELETE BUTTON ITU??

biarkan kegembiraan mengatasi kedukaan.
di pekat malam kita berkumpul
dengan tujuan yang satu.
malam dimana kita semua bergembira.
oke photoshoot malam tadi sangat menghiburkan.walaupun aku ada problem dengan kamera aku.(susah nak dapat setting yang betul) .semua ni gara-gara salah tengok shutter speed.tapi kemudian its turn up to be good picture.
baru aku perasan photographer ni memerlukan kesabaran yang tinggi kalau tak mesti rasa cepat bosan sebab tak dapat gambar yang menarik dan kita akan end up dengan tekan button delete sebanyak yang kita mahu. tapi pernahkah korang sedar disebalik gambar yang tak jadi tu kan sebenarnya gambar itu masih lagi berguna dan kalau kita pandang dia dari sudut yang lain sebenarnya gambar itu menarik juga.oleh itu cubalah kita abaikan button delete itu for a while ye.heee :D






    
gambar yang hampir dibuang tapi tak jadi sebab lepas tengok sepuluh kali baru aku rasa gambar ni cantik hee











samalah jugak dengan dua gambar di atas ye.hee


ps: tak elok buang benda sesuka hati.gunalah ia semaksimun yang  mungkin yee heee





April 21, 2011

112: BROTHER'S DAYS

hari petang yang panas pada mulanya bertukar menjadi satu hari yang penuh dengan warna-warna di awangan.for the first time dalam tahun ni aku keluar hangout dengan adik.tu pun sebab dua-dua ada agenda yang sama kalau tak aku rasa kami berdua takkan keluar.
well yela macam adik beradik yang lain dimana pergaduhan menjadi juadah harian.begitu juga kami.tapi semenjak dua menjak ni kami menjadi rapat.mungkin sebab sudah tinggal berdua.
jadi petang kami di hiasi dengan aktiviti yang indah.ohhh ya tak lupa juga kawan adik ikut sekali. biar lah gambar menceritakan segalanya.

April 16, 2011

111


setelah sekian lamanya menanti buah yang tak gugur-gugur akhirnya tiba juga ke tanah. metafora yang aku gunakan tak seperti apa yang aku rasakan. rasa happy bangga takut teruja semua ada. akhirnya sampai jugak kauke dalam dakapan aku wahai Baby E.
macam mana aku boleh dapat Baby E??well sebenarnya aku bertuah kerana aku punya Mak yang sangat understanding akan perihal anak-anak mereka yang berbagai-bagai. mak cakap kat along aku nak Baby E then along baalik je terus mak ajak keluar pergi beli. berbekalkan duit simpanan aku seribu, duit emak seribu dan duit along empat ratus (actually aku hutang along haha) akhirnya Baby E sampai ke dakapan aku. setelah lama aku berdiskusi dengan taukey kedai tu aku pun angkut Baby E.
First destination to go, aku mak along dan adik pergi ke lumut.saja ja hangout sambil minum ais kacang. dan aku sempat juga try-try snap dengan Baby E. hee dan hasilnya okayla hee.so dah kenyang makan ais kacang. aku balik dan tidur ber pelukkan Baby E.btw korang jangan tanya model apa ye.biarlah rahsia heee. :p