Orang banyak cakap aku ni
orang yang susah nak bergaul. Aku rasa aku ni bukan macam tu. Mungkin dorang
yang susah nak bergaul dengan aku sebab berbeza gelombang barangkali. Tapi
semua tu berubah bila aku jumpa sesorang yang sama frekuensi gelombangnya
dengan aku.
Dia tinggi, dia putih, senyumannya manis,
matanya menggoda, tapi tu semua tak penting sebab ada satu benda pasal dia yang
buat aku suka. Dia selalu buat aku tertawa.
Tawanya buat dunia aku yang gelap jadi terang.
Hariku yang suram bertukar riang. Hariku tak pernah lekang dengan tawanya. Aku
gembira kerana dengannya apa sahaja nampak mudah. Serabut kepala ku hilang
sebaik saja bibir munggilnya mengukir senyuman.
Kata orang langit tak selalunya cerah. Begitu
juga kisah aku dengan dia. Aku tak pasti bila tapi sebaik saja dia mengetahui
perkara sebenar semua berubah. Gelombang yang disangka serasi kita terumbang
ambing frekuensinya. Sukar untukku mengekalkannya.
Segalanya kian rapuh kian sukar. Apabila sudah
masuk pada fasa yang terakhir tawanya yang dulu manis kita bertukar masam.
Namun atas kekuatan yang datang dari dalaman dia gagahkan untuk berikan ku tawa
semangat. Puteri dan putera yang baru menjadi azimat utama. Pencetus tawa untuk
aku dan dia.
Masuk pada hari-hari terakhir aku bersamanya
aku tahu yang ini tidak akan kekal lama. Tawa ini akan menjadi ikatan kita
selamanya. Tawa ini akan aku semat bersama memori indah. Tawa ini akan ku bawa
ke liang lahad. Tawa yang terakhir yang mungkin terasa berat.
Ingatlah wahai putera puteriku. Janganlah kamu
abaikan peninggalanku. Berilah dia tawa mu yang terhebat. Berilah dia tawamu
yang pengubat. Moga-moga tawa mu putera puteriku menjadi pengubat untuknya kala
rindukan aku.
ps: yang ni pun salah satu cerpen pendek yang aku hantar untuk this one competition. Orang yang proofread cerpen ni cakap cerita ni macam ada kena mengena dengan kisah benar tapi aku senyumkan saja :)