October 6, 2013

BERLALU PERGI

Merenung jauh ke syiling rumah. Berputar-putar kipas tu pada kelajuan 120 rev pes second. Aku pandang lagi. Aku pandang lagi. Sampai aku terbuai hipnosis kipas yang membawa kau ke dunia fantasi. Kiri kanan aku bukan lagi katil. Kepala aku dah tak ada kat atas bantal. Aku berada di bumi berlainan.

Susuk cantik di depan aku. Bukan satu, bukan dua tapi lima. Cantiknya mereka bukan kepalang. Hati ini rasa senang. Lima-lima tu pernah beraja di hati. Lima-lima itu pernah aku belai disisi. Mata aku masih lagi tidak berhenti-henti berkelip. Kelima-lima masih memerhati. Merenung tajam ke mata aku. Yang meninggalkan aku memandang aku dengan penuh kasihan. Yang ditinggalkan, renungannya penuh kemarahan.

Aku masih berdiri, mengadap lima susuk cantik. Lima susuk penyesalan. bukan penyesalan tapi lima susuk penuh erti. Lima susuk penuh warna, lima susuk penuh gaya, yang mana yang satu tak melebihi yang lain begitulah sebaliknya. aku bersuara.

       " kenapa kamu muncul di sini, bukankah kita sudah tiada lagi"

Pertanyaanku tinggal pertanyaan. Semua susuk cantik diam. Aku memikirkan hipotesis untuk kejadian ini. Mengapakah mereka senyap. Adakah terlalu sedih untuk berbicara, atau terlalu marah untuk melemparkan kata-kata. Hipotesis aku tinggal hipotesis. Tiada pemboleh ubah yang mampu untuk menjelaskan hipotesis aku itu.

Susuk yang pertama mengubah perlakuan. di ikuti kedua, ketiga, keempat dan kelima. Mereka semua tersenyum seperti dahulu. Aku paham benar mengapa mereka tersenyum. Semuanya sudah punya peganti. Semua sudah boleh memulakan hidup dengan happy. Ini mungkin petanda bagi aku untuk menerima. Menerima semua yang berlalu pergi akan bermula dengan kisah yang lain. Cerita yang akhirnya membuatkan puteri bertemu rajanya. cinderella bertemu kasutnya,snow white mendapat ciumannya.

aku bermonolog di dalam hati.

     " ini adalah masa untuk melangkah pergi. Hentikan perangai yang tak seberapa ini, biarkan mereka bahagia dengan pasangan mereka. Sudah tiba masanya untuk aku menerima yang mereka sudah ada yang punya. Zaman untuk stalk akaun facebook,twitter,dan instagram sudah berakhir. Pergilah kamu wahai yang di cintai. kisah kita berakhir di sini. akan aku mulakan hati ini dengan orang yang baru. Aku tak akan mencari kamu. Selamat tinggal wahai 5 susuk cantik. Tidak aku sesali semua yang terjadi. Kepada 5 susuk cantik. aku kini sudah boleh berdiri. terima kasih 5 susuk cantik"

Habis sahaja monolog di dalam hati, mereka semua pergi dengan senyuman. Begitu juga aku, tersenyum di sebalik kepayahan untuk move on dari percintaan.Sakitnya bukan senang, penderitaannya berpanjangan, tapi disebalik kesukaran aku mampu berdiri untuk menjadi lebih kuat mencari cinta baru. Aku tak kisah berapa banyak yang bakal aku tempuhi kerana yang satu pasti akan ku temui.


ps: sapa cakap nak move on susah, sapa cakap nak mulakan hidup baru senang. kita kena punya semangat dan teruskan hidup dengan penuh ketabahan. ( cakapsenang kena batang hidung baru tahu kan)


No comments: