January 10, 2013

TAWA TAWA TAWA


Orang banyak cakap aku ni orang yang susah nak bergaul. Aku rasa aku ni bukan macam tu. Mungkin dorang yang susah nak bergaul dengan aku sebab berbeza gelombang barangkali. Tapi semua tu berubah bila aku jumpa sesorang yang sama frekuensi gelombangnya dengan aku.

 Dia tinggi, dia putih, senyumannya manis, matanya menggoda, tapi tu semua tak penting sebab ada satu benda pasal dia yang buat aku suka. Dia selalu buat aku tertawa.

 Tawanya buat dunia aku yang gelap jadi terang. Hariku yang suram bertukar riang. Hariku tak pernah lekang dengan tawanya. Aku gembira kerana dengannya apa sahaja nampak mudah. Serabut kepala ku hilang sebaik saja bibir munggilnya mengukir senyuman.

 Kata orang langit tak selalunya cerah. Begitu juga kisah aku dengan dia. Aku tak pasti bila tapi sebaik saja dia mengetahui perkara sebenar semua berubah. Gelombang yang disangka serasi kita terumbang ambing frekuensinya. Sukar untukku mengekalkannya.

 Segalanya kian rapuh kian sukar. Apabila sudah masuk pada fasa yang terakhir tawanya yang dulu manis kita bertukar masam. Namun atas kekuatan yang datang dari dalaman dia gagahkan untuk berikan ku tawa semangat. Puteri dan putera yang baru menjadi azimat utama. Pencetus tawa untuk aku dan dia.

 Masuk pada hari-hari terakhir aku bersamanya aku tahu yang ini tidak akan kekal lama. Tawa ini akan menjadi ikatan kita selamanya. Tawa ini akan aku semat bersama memori indah. Tawa ini akan ku bawa ke liang lahad. Tawa yang terakhir yang mungkin terasa berat.

 Ingatlah wahai putera puteriku. Janganlah kamu abaikan peninggalanku. Berilah dia tawa mu yang terhebat. Berilah dia tawamu yang pengubat. Moga-moga tawa mu putera puteriku menjadi pengubat untuknya kala rindukan aku.

ps: yang ni pun salah satu cerpen pendek yang aku hantar untuk this one competition. Orang yang proofread cerpen ni cakap cerita ni macam ada kena mengena dengan kisah benar tapi aku senyumkan saja :)

No comments: