October 22, 2011

NEW CHAP:TIDAK PANDAI UNTUK MENTAFSIRKANNYA

dalam sibuk kita meneroka dunia ini.kita tak dapat lari dari mulut orang yang mengata. kalau yang okey itu baguslah tapi kalau yang "kureng" itu tak tahu bagaimana aku nak mentafsirkannya.kerana dunia ini bebas bagi sesiapa orang untuk berkata-kata. tapi pernahkah mereka terpikir kata kata mereka itu bakal didengari oleh tuan empunya?? lagi sekali sukar untuk aku mentafsirkannya. tidakkah mereka sedar kata kata mereka itu dihasilkan oleh getaran kotak suara dimana gelombang itu dihasilkan. dan bukankah sifat gelombang itu bergerak kesemua arah? dah arah tujuan gelombang itu adalah kepadaku. masih tidak dapat aku tafsirkan.

atau mereka tidak sedar akan kebenaran disebalik kepahitan??atau mereka berpura tidak sedar kerana takut akan kebenaran? masih-masih tidak dapat aku tafsirkan.kerana gelombang suara, aku dan dia bergaduh. kerana gelombang suara dia salurkan ketidakpuas hatinya kepada ku.tapi aku tenang.kerana setiap sesuatu ada sebabnya. kita sebagai manusia harus pandai untuk mentafsirkannya. tapi aku masih kurang ilmu untuk mentafsirkannya.

ps: hariku kini bernada sepi.setelah selesai dengan dia ada pula masalah dengan dia. ia berpusing seperti satu kitaran.tapi aku masih tidak pandai untuk MENTAFSIRKANNYA (:

No comments: