May 17, 2011

CHAPTER 118: PEMERGIAN YANG TIDAK DI SANGKA

hidup ni
umpama buah kelapa
menunggu masa jatuh ke bawah
tak kira buah muda ke tua?
semuanya akan menjunam
dek tarikan graviti

samalah seperti
hidup kita disini
tak kira muda tua
semuanya akan pergi
pergi menghadap ilahi



mengejutkan dan tidak disangka-sangka.adik aku balik dari sekolah then terus bukak cerita kata kawan sekolah rendah aku muaddib mustapher telah kembali ke rahmatullah akibat accident dengan lori.aku dengar mula-mula pun terkejut?ayah pun tak percaya lagi.semuanya tak clear.ayah suruh adik pergi tengok dekat rumahnya.sepuluh minit selepas tu adek balek. CONFIRM.

aku terdiam.rakan sebaya aku.19 tahun umurnya.kembali menghadap sang pencipta.rasanya baru semalam aku dan dia bersekolah rendah sama-sama.melihat kaki dia yang luka (sangat besar luka akibat digigit anjing).tup-tup dia dah pergi dulu dari kita semua.walaupun aku dengan dia tak rapat sangat.tapi kami selalu jugak berjumpa.kadang-kadang dia datang ke rumah aku ambil kelapa yang ayah dia pesan.semuanya berlaku dalam sekelip mata.memang kita takkan jangka benda ni berlaku.

aku bermula befikir.kalau nyawa semuda aku boleh di ambil.apatah lagi orang tuaku.memang maut kita tak boleh tolak.memang mati menghampiri kita.oleh itu kita bersedialah menghadapi maut yang bakal menjelma.relakanlah pemergian orang yang sudah pergi.janganlah kita tangisi semuanya.berdoalah yang terbaik untuknya disana.

alfatihah untuk allahyarham muhammad muaddib mustapher

ps:semoga roh allayarham ditempatkn di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.diharap ahli keluarga muaddib dapat bersabar di atas pemergiannya.alfatihah juga buat datuk nenek sebelah emak dan ayah dan semua umat islam didunia ini yang telah pergi dulu meninggalkan kita