May 10, 2011

CHAPTER 117: SELAMAT HARI IBU

hari berganti hari.
siang bertukar malam.
matahari menindih bulan.
panas memayuni kesejukan.
musim bersilih ganti.
teknologi semakin meniggi diri.
tetapi dia tidak begini.
walaupun dunia sekelilingnya  bertukar ganti.
tetapi dia tetap kekal berdiri.
menyaksikan anaknya yang sudah membesar.
bersama sang suami yang disayangi.
dialah ibuku yang ramai jadi iri hati.
kerana dia adalah yang terbaik yang hadir dalam hidupku.
perkara terindah yang tak dapat kamu miliki.


apabila tiba sahaja minggu kedua pada bulan mei.semua manusia didunia ini sibuk menyambut satu hari yang amat bermakna kepada kita.hari kita melahirkan manusia yang telah mengandongkan kita membesarkan kita dan mendidik dan melihat kita membesar dari embryo sampailah kepada seorang manusia yang sudah mempunyai cita-cita.

anak mana yang tak penah buat salah kat mak bapak??lagi lagi dengan mak kita.cakap nak pergi study group tapi melencong pergi cc main COD.(akulah tu haha).anak mana yang tak pernah meninggi suara dekat mak?anak mana yang tak penah melawan kata-kata mak?anak mana yang tak pernah hentak pintu tanda protes dekat mak?anak mana kalau bukan kita kan? (kalau anda bukan yang disebutkan tahniah kerana anda anak yang baik).

tapi pernahkah ibu kita membenci kita dengan tingkah laku kita itu?pernahkah dia menolak kita ketepi?buang kita?tak mengaku kita anaknya selepas tingkah laku bodoh yang kita buat??
tidakkan?setiap teguran ada sebabnya.setiap amarah ada puncanya.setiap langkah ada sebabnya. "mak tak marah kalau abg yang tak buat silap" there will be a reason for something kn?

so sebagai anak kita janganlah mengambil hati di atas teguran ibu kita.mereka lagi banyak makan garam dengan kita.kalau tak takkan mereka kena drah tinggi kan??hee. okay di akhir perbualan aku nak ucapkan selamat hari ibu kepada semua ibu di dunia kerana anda yelah melahirkan anak-anak yang cemerlang didunia ini.dan kami SAYANG KAMU IBU.


AKU DAN MAK :)
ps: tulisan ini datangnya dari pengalaman aku sebagai anak kepada SANIAH BINTI SHAHIDUN wanita yang paling lawa yang aku pernah tengok.tak ada yang lagi lawa dari senyemun ibuku.hee.nak cerita lebih pasal mak tapi rasanya dah tulis banyak pasal dia so kalo korang nak tahu korang nak baca lg korang TEKAN SINI walaupun aku rasa tak banyak mana pun aku tulis kat situ tapi korang baca jelah hee. until ten see ya

No comments: