February 20, 2010

IMPIAN.MIMPI.KOSONG?

semua orang punya mimpi dan impian.tapi cuma bagaimana kita merealisasikan impian dan mimpi kita itu yang membezakannya dari seseorang dan orang yang lain.lain orang lain perspektif hidup mereka.ada yang berpuas hati dengan hidup yang sederhana ada yang macam TAMAK.

impian manusia manusia ini pula.ada yang ingin membawa hidup ke taraf yang lebih tinggi ada yang mahu melepaskan diri dari kepompong atau kelompok yang lama.selalunya mereka punya motivasi diri yang tinggi.tak takut jatuh.bagi mereka kalau jatuh boleh bangun balik.tak ramai yang ada motivasi macam ni.aku memang salute golongan macam ni.

tapi adakah impian yang kita impikan itu jadi kenyataan?berbalik kepada individu itu sendiri.dia kenalah tetapkan matlamat hidup dia itu satu yang realistik.yela takkan la kau laki kau tetapkan matlamat kau nak mengandung.memang tak boleh kan.itu melawan hukum namanya.haha tetapkan tempoh masa dan cuba realitikan impian itu.jika kita bersungguh kita akan berjaya.

ps:salute kat orang yang dah banyak menyumbang kepada kemajuan dunia.adakah nama aku akan tersenarai??haha

No comments: