February 16, 2010

First Crush


woaw entry kali ni agak menyentuh privacy aku la.tapi setelah kawan aku cakap nak story pasal dia so aku pun tulis la story pasal dia.jadi harini aku nak cakap pasal crush pertama aku.yup crush pertama.

nak cakap aku ni gatal tadela tapi matang cepat kut?sebab bila aku darjah empat je aku dah tertarik dekat jantina yang berlainan.rakan sekelas aku jugak.masa tu aku dalam kelas 4 jaya.sekolah dekat srk Muhd Saman Pasir Panjang Laut.kira kelas 4 jaya ni kelas top la.budak yang pandai je masuk.hee.masa tuh ada la sorang budak nie nama dia panjang sangat nak tulis tapi aku panggil dia jaja.

jaja ni kira budak yang paling ngetop la kat sekolah time tuh.dia masa tu comel je.dah la tuh anak p.k hem la katakan.bertambah-tambah la naek saham dia.haha.jaja time tu mmg banyak orang minat dia.salah sorangnya aku la.muke dia kecik.puteh.lepas pj ke koko ke kau tengok muke dia jadi merah.tu buat aku lagi suke kat dia.then kalo kau tgk muka dia dekat-dekat kaw akan nampak urat-urat merah kat muka dia.

yang lagi buat aku tertarik dekat dia sebab dia memang pandai.asal ada periksa ja no.1 tapi naseb baek la aku booleh kejar dia.hee.masa tu kecik lagi jd style nak ngorat pun macam budak-budak la.aku kacau-kacau dia.masa dekat kantin aku basuh tangan dia pun ada masa then aku renjis air dekat dia.dia tak puas hati dia pun renjis aku bila aku nak makan.satu hari tu ada pertandingan matematik dalam kelas.dia kira kumpulan ikut rumah sukan.jadi si jaja ni satu kumpulan dengan aku.kitorang punya gandingan menang pertandingan tu.memang serasi kitoraang.

tapi malangnya jaja ni kena pindah pergi convent ikut emak dia.hrmmm.lama lama hilanglah perasaan aku dekat jaja tuh.bila jumpa ja kitorang dah besar.aku dapat taw kawan aku try nak ngorat jaja,tapi tak dapat.hahaha padan muka kaw.JAJA tunggu aku kut??haha then bila jumpa dia dh jadi mcm lain.yela masa berlalu manusia berubah.so aku terimala dia seadanya.walaupun perasaan dah lama hilang tapi kitorang masih lagi berkawan dan seronok kawan dengan kaw jaja.heee ;P

ps:semua ini kisah benar.walaupun ada tukar2 siket.tapi tak ape lah.hahah

No comments: