January 28, 2009

kisah kamu dan dia

Apabila cinta dipaksa.
Hati mula menjadi tawar.
Cinta yang seteguh kubu.
Kini hancur menjadi kepingan.
Kepingan yang halus dan nipis.
Senipis buih di awangan.
Apabila dua jiwa kian pudar.
Berpecah dua menjadi satu.
Satu yang keegoaan.
Satu lagi yang dipermainkan
Tiada lagi sinar dalam kehidupan.
Yang tinggal hanya kenangan.
Kenangan yang penuh dengan kemanisan.
Dan kepahitan yang amat memedihkan.
Dua jiwa masih juga tidak sedar.
Masih wujud sedikit harapan.
Walaupun cuma sekadar kawan.
Kawan yang akan mengisi.
Mengisi ruang yang tak terlihat oleh mata.
Yang tak dapat didengar oleh telinga.
yang tak dapat diluah dengan kata-kata.
Dua jiwa masih bersama.
Bersama atas dasar kawan.
Tetapi si pria tetap berusaha.
Berusaha untuk kembali bersama.
Bersama mengejar cinta.
Bersama mengejar kebebasan.
fullstop.

No comments: